Percaya atau tidak, hanya disebabkan tertekan dengan keluarga bakal isteri yang sering meminta wang belanja untuk majlis resepsi, seorang lelaki sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dua lelaki di hadapan sebuah kilang di Taman Nagasari, Jumaat lalu.

Sumber: Astro Awani

Penipuan yang dibuat lelaki itu terbongkar apabila polis mendapati laporan yang dibuatnya itu mencurigakan kerana tiada kejadian samun seperti didakwa suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan kilang berkenaan.

Apa yang lebih mencurigakan, lelaki terbabit sebelum ini juga pernah membuat laporan polis sama pada tahun 2010 dengan menyatakan disamun dua lelaki menaiki motosikal dan jalan cerita yang hampir sama.

Kes ini bagaimanapun telah menarik perhatian ramai pihak yang rata-ratanya bersimpati terhadap nasib lelaki ini sehingga menyebabkannya sanggup bertindak sedemikian.

 

Buat Laporan Palsu Kerana Kesempitan Wang

Sumber: Kashoorga

Selepas polis menyiasat ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki ini, dia akhirnya mengaku membuat laporan palsu kerana kesempitan wang dan mahu menangguhkan majlis resepsinya yang akan diadakan pada 25 Ogos ini.

Ditambah pula dengan desakan keluarga pihak perempuan yang sering meminta wang daripadanya untuk membuat persiapan majlis tersebut sehingga mendatangkan tekanan yang menyebabkannya membuat laporan polis palsu untuk mengatakan wang tersebut telah disamun.

 

Keluarga Menantu Jangan Terlalu Mendesak

Bila bercakap soal duit hantaran dan kahwin, golongan lelaki ini sebolehnya sedaya upaya akan berusaha untuk mencari wang walaupun secara hakikatnya mereka tertekan dengan bab duit.

Gambar sekadar hiasan

Tetapi disebabkan sayang, ramai lelaki terpaksa ikutkan sahaja permintaan keluarga bakal isterinya yang mahu menggunakan wang untuk kegunaan majlis resepsi.

Namun perlu diingat. Jangan disebabkan hendak meraikan majlis resepsi yang hanya ‘sehari’, anda terpaksa menjadi hamba hutang selama lima hingga ke 20 tahun!

Malah, Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bersederhana dalam melangsungkan sesuatu majlis perkahwinan itu. Sekiranya mampu, tidak salah untuk pasangan tersebut mengadakan majlis secara besar-besaran asalkan mengikut kemampuan pasangan masing-masing.

Jangan disebabkan terlalu taksub untuk membuat majlis perkahwinan mewah, pasangan anda terpaksa menanggung hutang yang tinggi dan lebih teruk lagi mengalami tekanan hingga terdetik mahu membuat laporan palsu yang bukan sahaja memakan diri sendiri tetapi menyusahkan banyak pihak!

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN