Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa untuk ibu hamil. Boleh dikatakan seramai 50 peratus ke 90 peratus wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam” ini.

Sumber: Beritagar

Tapi kebiasaannya ibu mengandung mengidam makanan. Ada yang nak makan benda yang tidak pernah makan sebelum hamil dan ada juga mengidam makanan yang sukar ditunaikan oleh para suami.

Malah yang peliknya, ada ibu hamil mengidam benda-benda pelik. Namun orang tua dulu-dulu berpendapat ia adalah pembawakan budak.

Mengidam Bawa GrabFood

Ini satu kisah yang ‘rare’ atau jarang ibu hamil mengidam dimana  seorang wanita yang hamil enam bulan mengidam untuk menjadi penghantar makanan.

Zulfahani Zulkifli yang berusia 25 tahun ingin menunggang motosikal GrabFood. Memetik kenyataannya di harian Metro, sejak awal mengandung dia memang teringin nak bawa motor penghantar makanan sebab rasa seronok melihat penghantar makanan bawa pasangan hantar pesanan.

Pada awalnya suami beliau, Muhammad Haikal Mazlan, 27 tahun menolak permintaanya namun alasan yang diberikan itu terpaksa juga suaminya tunaikan.

Sumber: Himpunan cerita lawak

Zulfahani yang hamil anak sulung memberitahu dia memang menunggang motosikal ke tempat kerja, namun sejak mengandung suaminya akan menghantar dan mengambil dari kerja.

Suami mana yang tidak risau dengan keselamatan isterinya tambahan pula bakal menimang cahaya mata pertama, sudah menjadi tanggunjawab suaminya menjaga keselamatan isteri dan anak yang dikandungnya itu.

“Ramai Mengidam Benda Pelik”

Bagaimanapun mengidam perkara yang pelik ini sudah sinonim untuk ibu hamil dan ramai netizen juga berkongsi pengalaman mereka ketika mengidam.

Sumber: Siakap Keli

Kata mereka itu perkara biasa bagi ibu hamil yang mengidam perkara diluar jangkaan para suami. Ada yang mahu makan itu dan ini, ada yang ingin melancong dan sebagainya.

Kenalah para suami ini turuti apa yang si isteri minta kalau tidak merajuk sampai beranaklah jawabnya. Jangan ambil remeh apa yang isteri minta takut nanti terkenan dengan anak pula.

“Bahaya Tunggang Motosikal, Risaukan Anak Dalam kandungan”

Namun, ada juga rata-rata netizen mengatakan tindakannya itu boleh mengundang bahaya. Walau bagaimanapun, pelbagai perkara “mustahil” dan “berbahaya” dari semua pihak tidak membenarkan tindakan ini.

Mereka bimbang anak dalam kandungan akan terhentak kerana keadaan jalan raya yang mungkin berlubang dan tidak rata. Memang tidak dinafikan ada risikonya jika ibu hamil menunggang motosikal sendiri.

Sumber: iNews.id

Hentakan itu dikatakan akan menyebabkan pinggul dan tulang belakang sakit. Kesihatan ibu juga akan terganggu.

Mereka mengecam tindakan suami yang membenarkan isteri melakukan aktiviti yang boleh mengundang bahaya ibu dan bayi dalam kandungan.

Trimester Kedua Boleh Tunggang Motosikal

Kalau kita tinjau di negara Jiran seperti Indonesia dan Thailand, motosikal adalah kenderaan utama bagi kedua-dua negara ini kerana kesesakan jalan raya yang sangat teruk.

Tetapi ada pakar yang mengatakan menaiki motosikal tidak berbahaya kepada ibu yang mengandung tetapi ada peraturannya.

Sumber: HonestDocs

Ibu hamil pasti tahu keadaan kandungannya dan mereka juga tidak akan membahayakan kesihatan anak mereka. Ibu mengandung yang sudah melepasi atau pada trimester kedua boleh menaiki motosikal. 

Hal ini kerana janin dalam kandungan sudah cukup sifat dan kuat kerana air ketuban yang ada mencukupi bagi melindungi bayi dalam kandungan jika perut ibu bergoncang.

Tetapi masuk trimester ketiga disarankan agar ibu hamil tidak menaiki motosikal kerana kondisi untuk mengangkang itu tidak dibenarkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa ini memang mengidam atau mengada-ngada?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN