Samsung telah mengeluarkan model terbaru mereka selepas S10 iaitu model Galaxy Fold dan akan dilancarkan pada 26 April 2019 ini.
Peranti yang boleh dilipat ini yang berukuran 7.3 inci infinity flex display dan boleh dilipat mengikut saiz poket anda pada ukuran 4.6 inci.
Wartawan-wartawan di Amerika Syarikat telah diberikan telefon Galaxy Fold untuk memberikan ulasan mereka sebelum ia dilancarkan.
Tetapi belum lagi dilancarkan, peranti yang dianggarkan berharga AS$ 1,980 (RM8,000) itu sudah menunjukkan beberapa kerosakan.
Kerosakan Skrin Yang Teruk
Sejumlah unit telefon pintar Galaxy Fold yang memperkenalkan paparan LED boleh dibuka-lipat, sudah mengalami kerosakan selepas beberapa hari sahaja diuji.
Wartawan yang menerima peranti tersebut memberikan ulasan mereka mendakwa skrin Galaxy Fold itu mula berkedip, tidak menyala dan padam secara tiba-tiba.
Seorang wartawan Blomberg, Mark Gurman mendakwa Galaxy Fold yang diujinya tidak berfungsi dengan normal setelah dia menanggalkan plastik pelindung dan akhirnya tidak dapat digunakan.
The screen on my Galaxy Fold review unit is completely broken and unusable just two days in. Hard to know if this is widespread or not. pic.twitter.com/G0OHj3DQHw
— Mark Gurman (@markgurman) April 17, 2019
The screen now appears to be completely dead pic.twitter.com/FPpNrGo6gA
— Mark Gurman (@markgurman) April 17, 2019
Menurut satu foto yang disiarkan oleh Pengurus Produk Kanan Rangkaian T-Mobile Amerika Syarikat, Desmond Smith, amaran pada pembungkus Galaxy Fold jelas telah menasihatkan pengguna untuk tidak menanggalkan lapisan pelindung yang ada pada skrin.
Dear future #GalaxyFold owners, I know I always say "No one ever read the instructions"… PLEASE READ THIS ONE!!!
(This is the wrap over the screen of the Galaxy Fold) pic.twitter.com/LuQPRfDZIE
— Des (@askdes) April 17, 2019
Tanggal Plastik Pelindung Punca Rosak?
Tetapi lain pula yang berlaku kepada Editor Eksekutif The Verge, Dieter Bohn yang telah mendakwa peranti Galaxy Fold itu rosak walaupun dia tidak menanggalkan plastik pelindung tersebut.
Samsung responds with a two part statement on Galaxy Fold screen issues. There’s still no clear answer as to what broke on the screens where users didn’t try to peel off that protective layer.https://t.co/B60VkKObtx
— Dieter Bohn (@backlon) April 18, 2019
Katanya, peranti tersebut umpama mempunyai engsel yang cacat dan menyebabkan skrin peranti tersebut mengalami gangguan serta permukaan skrin yang tidak rata sehingga menyebabkan skrin itu bermasalah.
Peranti itu sebeum dikeluarkan, pihak Samsung telah menguji mekanisme lipatan telefon tersebut lebih daripada 200,000 kali dan berjaya melepasi piawaian untuk ketahan.
Menurut beberapa media yang mengulas perkara ini, mengatakan plastik pelindung yang ada pada skrin Galaxy Fold itu seakan boleh ditanggalkan.
Akan Diselesaikan Oleh Samsung
Sebelum ini, Samsung pernah menarik semula model Galaxy Note 7 secara besar-besaran setelah mendapat aduan mengenai masalah pada bateri yang cepat panas dan meletup.
Berikutan dengan masalah yang dihadapi oleh model Galaxy Fold yang diberikan kepada laman teknologi dan juruhebah media sosial itu, pihak Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka yang dikongsikan oleh Dieter Bohn dilaman Twitternya.
Full statement.https://t.co/B60VkKwABZ pic.twitter.com/HsTZqWVwEQ
— Dieter Bohn (@backlon) April 18, 2019
Dalam kenyataan tersebut, Samsung berjanji akan melakukan siasatan ke atas unit yang dilaporkan mengalami kerosakan bagi mencari punca perkara itu berlaku.
Pihaknya mengatakan sesetengah kerosakan adalah disebabkan plastik pelindung ditanggalkan oleh pengulas dan akan memastikan arahan untuk lapisan itu tidak ditanggalkan akan dipaparkan dengan lebih terang kepada pelanggan yang membeli model itu nanti.
Huawei Sindir Samsung Galaxy Fold
Samsung dan juga Huawei merupakan pengeluar model yang mempunyai skrin boleh dilipat, Huawei dengan model Mate X dan Samsung dengan model Galaxy Fold.
‘CEO of the Consumer Business Group’ Huawei iaitu Richard Yu mengaku pernah mengembangkan prototaip seakan-akan model Galaxy Fold tetapi mereka membatalkan prototaip tersebut kerana merasakan peranti yang mempunyai skrin depan dan belakang akan membuatkan peranti tersebut terlalu berat.
Katanya lagi, mereka mempunyai beberapa solusi, tetapi mereka membatalkannya dan menyatakan mereka ada sesuatu yang lebih baik daripada itu (Galaxy Fold).
Beliau juga mendakwa skrin yang dilipat kedalam 100 kali lebih canggih daripada daripada skrin yang dilipat keluar.
Cara lipatan antara kedua-dua telefon pintar ini juga berbeza di mana Mate X dilipat ke belakang untuk menjadikannya telefon pintar dan Samsung Galaxy Fold pula membuka seperti buku untuk menjadikannya lebar.
Beberapa pihak menilai reka bentuk Mate X lebih efisyen dan lebih nipis daripada samsung galaxy fold. Tatapi apapun, citarasa orang lain-lain dan mengikut cara penggunaan mereka.
KATA ORANG
Folder screens are a stupid idea, better spend these money and time in develop long lastingn or safe smartphones
— Greg (@Grego_62) April 18, 2019
Oh boy, I’m glad I didn’t preorder it. I saw there was too much of a gap there in videos and it made me really nervous.
— Mr. Segundus (@Mr_Segundus) April 17, 2019
The Samsung Galaxy Fold is totally the Homer Simpson Car. The initial idea for it wasn't ready for primetime, and now it's functional integrity is failing.https://t.co/Qa2CHxfJKu
— Patrick Thornton (@pwthornton) April 18, 2019
Did you remove the protective layer? I noticed others that did had the screen fail on them.
— Gavin's Gadgets (@gavinsgadgets) April 17, 2019