Ogos lalu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia akan menguatkuasa semula pembekuan pada 2009 untuk mengambil pekerja asing dalam subsektor perkhidmatan dobi, tekstil, tukang gunting rambut serta tukang emas.

Sumber: Free Malaysia Today

Berikutan itu, dasar semasa yang membenarkan penggantian pekerja asing bagi subsektor berkenaan akan dihentikan dalam masa tiga tahun secara berperingkat mulai tahun ini sehingga 2021.

Pendekatan yang diambil oleh kedua-dua kementerian ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing bagi memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan sendiri. 

Namun sehingga ke hari ini, keputusan tersebut nampaknya tidak dipersetujui oleh beberapa pihak yang mendakwa pendekatan yang diambil kerajaan ketika ini akan menutup periuk nasi mereka seperti yang disuarakan Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS). 

 

MINDAS Minta Kaji Semula Pembekuan

Atas persetujuan yang diambil, MINDAS menggesa kerajaan untuk mengkaji semula keputusan tersebut bagi membolehkan ahlinya yang majoriti terdiri dari golongan berpendapatan rendah untuk meneruskan operasi mereka di negara ini.

Sumber: Utusan Online

Menurut mereka, kebanyakan ahli MINDAS sudah melakukan yang terbaik sebelum ini untuk merekrut pekerja tempatan termasuk dengan mengiklankan jawatan berkenaan menerusi laman sesawang pencari pekerjaan.

Meskipun ada yang menawarkan gaji mencecah RM2,000 sebulan namun bidang sebegini masih lagi tidak mendapat sambutan menggalakkan dari warga tempatan kita sendiri. 

 

Masalah Yang Tiada Penghujungnya

Seperti yang kita lihat sekarang ini, hampir sebahagian besar pendatang asing sudah memonopoli sektor pekerjaan di negara ini sehingga menutup peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda. 

Apakah puncanya? Adakah disebabkan anak muda terlalu cerewet memilih kerja hingga menyebabkan warga asing menguasai bidang kerja sebegini?

Antara punca utamanya adalah dari segi perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia itu sendiri yang menjadi faktor yang menarik perhatian mereka. 

Sumber: Utusan Online

Lihat sahaja sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan, hampir kesemuanya dipelopori oleh warga asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi.

Sikap terbuka dari kerajaan terdahulu yang menerima kedatangan pekerja asing inilah yang menjadikan negara kita salah satu destinasi yang penting untuk berhijrah mencari kerja. 

Ditambah pula dengan wujudnya pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka.

 

Kerajaan Perlu Wujudkan Inisiatif Bagi Menarik Golongan Tempatan

Apa yang dilakukan kerajaan ini sangat tepat memandangkan kita perlu mengutamakan warga tempatan kita sendiri lebih-lebih dengan janji kerajaan yang mahu mewujudkan ratusan ribu peluang pekerja seperti yang dicanang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini.

Sumber: BeritaHarian.sg

Jadi, sudah tiba masanya untuk pihak-pihak berkaitan mewujudkan inisiatif bagi menarik golongan muda yang berkemahiran untuk membuka kedai gunting rambut atau ‘barber shop’ mereka sendiri.

Bila mana kerajaan sudah mengambil pendekatan sebegini, jangan pula ada yang memberi seribu satu alasan untuk bekerja. 

Jadi, ayuh orang muda, sahutlah cabaran ini untuk membuka empayar kedai gunting rambut bagi memenuhi permintaan fesyen rambut terkini di atas platform anak muda Melayu dan bumiputera sekaligus mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap khidmat pekerja asing di negara ini.

Anak muda dan warga tempatan kita perlu bijak mengatur langkah mereka sebaik sahaja tamat pengajian di universiti dan jangan terlalu memilih kerana segalanya bermula dari bawah untuk berjaya.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan… 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dalam subsektor perkhidmatan dobi, tekstil, tukang gunting rambut serta tukang emas ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN