Seorang Sami Hindu telah menyatakan rasa kesal selepas mendakwa dihalang memasuki parlimen kerana berpakaian agama Hindu.

Sumber; Malaysiakini

Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman mendakwa dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang 22 Nov 2018 ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

Beliau dihalang kerana berpakaian ‘Kaavi’ yang merupakan satu pakaian suci mengikut kepercayaan agama Hindu.

Namun, adakah Ramaji ini mengikut kod etika berpakaian untuk berada di Parlimen?

 

Netizen Anggap Ramaji Cuba Cetus Sentimen Perkauman

Sumber; FB Malaysiakini

Ketika ini kecoh soal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang mencetus polemik perkauman berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Sumber; FB Malaysiakini

Dan isu ini menjadi perdebatan hebat oleh rakyat dan juga pemimpin dari Umno dan Pas yang mendesak P Waytha Moorthy meletakkan jawatan kerana dianggap mengakibatkan perpecahan di kalangan rakyat berbilang

Sumber; FB Malaysiakini

kaum di negara ini.

Ekoran kewujudan Ramaji yang berpakaian seperti itu mencetuskan sentimen perkauman yang semakin berapi-api di negara ini.

Isunya tidak akan timbul jika Ramaji berpakaian mengikut kod etika berpakaian yang ditetapkan pihak parlimen.

Tindak tanduk Ramiji ini mengundang reaksi rakyat yang melihat ia sengaja dibuat-buat untuk mengundang kemarahan kaum di negara ini.

 

Kod Etika Berpakaian di Parlimen

Mengikut portal rasmi Parlimen Malaysia, semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Parlimen Malaysia.

Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja.

Sumber: Kerajaan Negeri Selangor

Kod berpakaian bagi lelaki:

1) Lounge Suit dan bertali leher
2) Baju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Baju batik lengan panjang
4) Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Seluar panjang berwarna gelap (slack)
6) Kasut kulit

Kod berpakaian bagi wanita:

1) Baju kurung atau kebaya labuh / blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang di bawah paras lutut
3) Sari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Seluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut

 

Kod berpakaian bagi pelajar sekolah:

1) Pakaian seragam sekolah

Pakaian yang tidak dibenarkan:
1) Baju tanpa lengan
2) Jaket
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan mencolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat
7) Baju T

Jadi, adakah Ramaji mematuhi kod etika berkenaan malah waktu melawat? Masa melawat pun dikatakan hampir habis.

 

Ramaji Kesal Menteri Tak Campur Tangan

Ramaji turut mendedahkan ini kali pertama beliau dihalang masuk ke parlimen, sedangkan aktivis Hindraf pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen.

Ramaji turut merakamkan rasa kecewa terhadap Waythamoorthy selaku menteri perpaduan yang tidak campur tangan untuk membenarkan beliau memasuki parlimen.

Kenapa Menteri perlu campur tangan dalam hal berpakaian ke parlimen? Itu bukan tugas menteri dan Ramaji sepatutnya menghormati adat berpakaian berada di luar kuil juga.

 

Penafian Parlimen

Parlimen Malaysia menafikan dakwaan melarang Ramaji masuk ke parlimen kerana memakai pakaian `Kaavi’ semata-mata sebaliknya, parlimen Malaysia menjelaskan bahawa larangan itu merujuk pemakaian seluar jeans dan selipar oleh individu lain yang hadir bersama Ramaji.

Malah Parlimen Malaysia juga dikatakan mengambil kira persetujuan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk berjumpa mereka di luar bangunan Parlimen Malaysia.

Jelas kenyataan parlimen Malaysia, wakil pihak kuil yang tiba sebelum Ramaji dibenarkan masuk tanpa sebarang masalah.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa parlimen Malaysia sentiasa peka berkaitan sensitiviti keagamaan, namun perlu mematuhi kod etika berpakaian

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Ramaji dihalang masuk parlimen kerana berpakaian kepercayaan Hindu?
25 votes · 25 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN