Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.

Sumber:babab.net

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, saman mandatori bernilai RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.

Sumber:Paultan

Katanya, tindakan itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, selain menjamin keselamatan di sepanjang musim perayaan.

 

6 Kesalahan Yang Dikenakan Saman

Noor Rashid menjelaskan kesalahan utama itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Sumber:Paultan

Selain itu, Noor Rashid berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan PLUS bagi membuka laluan kecemasan kepada semua kenderaan pada musim perayaan ini di dua laluan kritikal di Perak.

Sumber:Kosmo

Katanya, laluan itu ialah Kilometer 287 hingga Kilometer 289.95 Lebuhraya PLUS di Simpang Pulai-Gopeng berhampiran Hentian Simpang Pulai dan Kilometer 367.3 arah utara dari Slim River ke Sungkai.

Sumber:Berita Harian

Anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan berkenaan bagi memastikan kelancaran terutama berlaku kecemasan atau kemalangan.

 

Elak Kemalangan Musim Perayaan

Noor Rashid berkata, dengan tema yang sama iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, statistik Op Selamat tahun lalu menunjukkan penurunan kes kemalangan maut iaitu 226 kes berbanding 257 (2017).

Sumber:The Vocket

Ini menunjukkan usaha polis dan agensi berkaitan lain dalam beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya telah beri impak positif.

Sumber:Kosmo

Walaupun statistik kes kemalangan meningkat iaitu 21,041 kes tahun lalu berbanding 20,752 (2017), tapi ia seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara.

 

Saman Buat Pemandu Degil

Bagi tindakan saman pula catat peningkatan 130,155 saman yang mana sebanyak 385,547 saman dikeluarkan tahun lalu berbanding 255,392 tahun sebelumnya. Beliau berkata, analisis terhadap Op Selamat sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan pentingkan diri sendiri jadi punca peningkatan kemalangan.

Sumber:Berita Harian

Saman serta-merta ini bagi pemandu yang degil dan tidak mematuhi peraturan di jalan raya sangat digalakkan. Ramai pemandu yang pentingkan diri sendiri, terutamanya guna laluan kecemasan. Sangat bagus tindakan pihak berkuasa lakukan saman sebegini, beri pengajaran pada mereka yang susah nak ikut peraturan di jalan raya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju tindakan saman serta merta dilaksanakan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN