Setiap pasangan mempelai pastinya ingin meraikan hari bersejarah mereka dengan tetamu-tetamu yang hadir.

Sumber:NewMalaysianPost.com

Majlis resepsi akan diadakah selepas berlangsungnya dimana pasangan mempelai serta ahli keluarganya akan meraikan tetamu sebagai memenuhi tuntutan agama agar sesebuah perkahwinan itu dihebahkan.

Ia bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya fitnah dan hendaklah diadakan secara besederhana tanpa pembaziran.

Sumber:apam-manis.blogspot.com

Tetamu akan diberikan kad perkahwinan sebulan awal atau 2 minggu terakhir dengan tarikh majlis resepsi itu supaya tetamu yang diundang dapat hadir ke majlis yang telah ditetapkan itu.

 

 

Salam Keruk, Sampul Kosong Tuan Rumah Dapat

Namun, terdapat beberapa perkara yang kurang disenangi dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Sumber:Life’s like that!

Tuan rumah pastinya telah menyediakan hidangan untuk menjamu tetamu yang hadir supaya mereka tidak kelaparan di majlis perkahwinan tersebut.

Menjadi kebiasaan apabila tetamu ‘salam keruk’ atau menghulurkan sampul yang berisi wang. Tetapi ada juga diantara mereka memberi sampul kosong sahaja. 

Ini mungkin kerana mereka kekurangan wang untuk memberi tetapi berasa segan apabila dilihat datang dengan tangan kosong. Sebenarnya tuan rumah tidak mengharapkan balasan walaupun telah menghidangkan pelbagai jenis juadah. 

Bagi perkahwinan VIP atau orang kenamaan tidak memerlukan ‘salam keruk’. Mereka sudah ada protokol untuk tetamu yang hadir nanti.

Sumber:My World of Tourism

 

Minta Lebih Goodies Atau Buah Tangan

Selain bunga telur, pihak keluarga pengantin akan meyediakan buah tangan buat tetamu sebagai kenang-kenangan kerana menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan.

Sumber:ikahwin.my

Ini kebiasaan yang sering berlaku, di mana ada juga tetamu meminta lebih daripada satu ‘goodies’ yang diberikan. Kalau yang hadir itu membawa lima orang anak, bayangkan dah berapa banyak buah tangan tuan rumah terpaksa berikan untuk sebuah keluarga itu?

Malah, ada yang siap minta untuk diberikan kepada ahli keluarga yang berada di rumah. 

Sumber:ikahwin.my

Apa-apa pun, sebagai tetamu yang menghadiri sesebuah majlis kahwin, sikap hormat kepada tuan rumah adalah perkara yang paling mustahak kerana bukan mudah menguruskan majlis perkahwinan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Jangan terkejut, ada juga yang minta bungkuskan lauk pauk yang ada, siap pakej dengan nasi sekali.

 

Adab Di Majlis Kahwin

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.

Sumber:vitdaily

Setiap yang hadir haruslah mempunyai adab ke majlis orang. Ini antara adab-adab yang boleh kita ikuti: 

  1. Memenuhi Undangan
  • Sesiapa sahaja yang menjemput kita untuk sesebuah majlis, wajib hadir melainkan ada keuzuran atau halangan yang tidak dapat hadir.                                                                                                                                                                                       2- Mendoakan Pengantin
  • Ini sangat dituntut dalam Islam supaya mendoakan pasangan mempelai di hari bahagia mereka dalam keberkatan berumah tangga.

3- Menjaga Percakapan

  • HIndari daripada berkata yang tidak sepatutnya. Tidak payah bawa budaya makcik pakcik bawang ke majlis orang. Hormatai tuan rumah.                                                                                                                                                                               4-  Menjaga Pakaian.
  • Janganlah pakai melebihi pengantin pula, nanti tidak tahu mana satu pengantin. Pakailah pakaian yang sopan.

Setiap yang dihukumkan oleh Islam pasti terdapat kebaikan tersendiri. Antaranya hukum wajib menghadiri kenduri adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menambah kemesraan, memupuk kerjasama dan bantu membantu selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Masih ada lagikah yang amalkan salam keruk kosong di majlis kahwin hari ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN