Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pelakon Zarina Zainuddin, anda pasti akan mengenali kedua anak kembarnya,  Muhammad Raizal Azrai atau Azal dan Muhammad Razil Azrai (Azil) yang mempunyai masalah autisme.

Ya, memang sejak dahulu lagi Zarina dilihat sering menggunakan saluran media sosial seperti Instagram untuk berkongsi pengalamannya mengendalikan anak autisme.

Namun semalam, kekecohan timbul apabila Zarina memuat naik video yang memperlihatkan beliau menangis akibat dihentak tiga kali di bahagian bahu oleh Azil gara-gara tidak dapat mengikut kembarnya ke gimnasium.

Sumber: Media Hiburan

Apa yang dikongsikan Zarina itu jelas sekali mengundang rasa simpati dalam kalangan pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya, dalam membesarkan anak autisme.

Tidak kurang juga ada yang mengutuk perbuatan Zarina itu sebagai hanya untuk mencari publisiti murahan semata-mata.

Apa Itu Austime?

Sehingga ke hari ini, kebanyakan masyarakat kita masih tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah autisme.

Autisme adalah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan kepada cara individu terbabit berinteraksi dengan persekitarannya selain daya kemahiran sosial dengan orang lain.

Hanya segelintir penghidap autisme masih boleh menjalani kehidupan normal bagaimanapun sesetengah yang lain akan berhadapan pelbagai kesukaran, cabaran yang sememangnya memerlukan sokongan pakar secara berterusan.

Zarina Beri Inspirasi Pada Masyarakat

Sumber: Astro Gempak

Biarpun ada pihak yang tidak senang dengan apa yang dilakukan Zarina membabitkan pendedahan video anaknya itu, namun netizen di media sosial mengganggap bahawa apa yang dilakukan olehnya serba sedikit dapat memberi inspirasi buat golongan ibu.

Ada di antara mereka mengatakan, hendak jaga anak yang normal pun susah. Inikan pula perlu menjaga anak kembar yang menghidap autisme.

Pasti besar cabarannya dalam membesarkan anak autisme yang mana semakin meningkat dewasa, mereka berisiko untuk menjadi agresif dan tidak terkawal.

Sumber: Beautiful Nara

Reaksi agresif yang dihadapi anak autisme kadangkala muncul secara tiba-tiba dan berlaku di tempat awam yang pastinya mengundang rasa kurang selesa dan salah faham dalam khalayak umum seperti apa yang dilalui oleh Zarina ini.

Pun begitu, masyarakat perlu sedar bahawa bukan mudah untuk ibu bapa mendidik serta menjaga anak autisme yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Apa yang paling penting, anak-anak istimewa ini perlu dilayan dan diberi sepenuh perhatian juga kasih sayang.

Media Sosial Platform Terbaik Sebar Kesedaran Autisme

Sumber: Iluminasi

Media sosial pada hari ini sememangnya diakui antara medium yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini.

Ada yang menggunakan media sosial untuk berhubung bersama ahli keluarga, rakan, melariskan perniagaannya dan sebagainya tetapi ia juga boleh digunakan sebagai platform menyebarkan kempen ke arah kebaikan.

Melihat kepada apa yang dilakukan oleh Zarina tiada salahnya memandangkan media sosial adalah saluran terbaik untuk menyebarkan kesedaran autisme kepada masyarakat.

Ditambah pula beliau seorang selebriti dan mempunyai anak autisme, sudah pasti beliau perlu memainkan peranan untuk menyebarkan tentang golongan ini kepada masyarakat agar mereka faham dan tidak cepat menghukum atas setiap perbuatan yang dilakukan.

Mana tidaknya, sekiranya anda ternampak anak-anak ini bertindak di luar jangkaan seperti mengamuk secara tiba-tiba, kemudian orang di sekeliling pula akan pandang serong seperti kita pula yang tidak pandai menjaga anak.

Sumber: https://www.ammboi.com

Sebagai anggota masyarakat yang hidup dalam kecanggihan teknologi, hentikan pandangan skeptikal anda terhadap mereka yang memiliki anak autisme.

Apa yang perlu adalah menyelami dan memahami perasaan ahli keluarga ini agar mereka tidak berasa terpinggir dan cekal dalam menjaga anak syurga ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkah sekiranya seseorang itu berkongsi video anak autismenya untuk tatapan umum?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN