Setelah sekian lama menyepi, pelakon filem Paskal, Gambit Saifullah tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen gara-gara memuat naik sekeping gambar di Instagram yang menunjukkan dia sedang memakan seekor katak!

Sumber: Kosmo

Dalam entri tersebut, Gambit turut menyatakan bahawa itu adalah pengalaman pertamanya memakan katak yang rasanya tidak ubah seperti ikan.

Perkongsian Gambit itu telah menimbulkan reaksi negatif netizen di media sosial yang rata-ratanya mempersoal perbuatan tersebut dan menyatakan ia adalah haram untuk dimakan kerana binatang itu hidup ‘dua alam’.

 

Gambit Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Selepas dikecam netizen, Gambit memuat naik satu lagi entri untuk menjelaskan perkara sebenar. Bukan sengaja mahu memakan katak, tetapi apa yang dilakukannya itu adalah latihan kelangsungan hidup (survival) di dalam hutan.

Sumber: mStar

Gambit turut menegur individu yang menegurnya supaya berhenti menghukum orang lain dan menasihati mereka untuk menjadi seorang Muslim yang baik.

Selepas entri itu dimuat naik, Gambit sekali lagi dihentam netizen yang tetap mempertikai tindakannya memakan katak sedangkan masih banyak lagi sumber makanan lain seperti ikan dan sebagainya berbanding dengan katak.

Tidak kurang dari itu, ada juga yang bersetuju terhadap perbuatan Gambit dengan mendakwa kehidupan di dalam hutan sememangnya begitu dan tidak salah untuk dimakan.

 

Tak Jadi Masalah Makan Katak Dalam Keadaan Darurat

Gambar sekadar hiasan

Kita biasa lihat orang berbangsa Cina sahaja yang suka makan katak tetapi sebenarnya askar-askar kita juga dilatih untuk memakan haiwan alternatif seperti ular sawa, serangga, paku pakis, umbut pokok, buah hutan dan katak demi kelangsungan hidup di dalam hutan.

Apabila berada dalam hutan, malang sama sekali tidak berbau. Andai kata tersesat di dalam hutan dan tinggal sehelai pinggang, takkan lah kita hendak mati kelaparan begitu sahaja.

Dalam kes ini, apa sahaja sumber makanan yang ditemui di dalam hutan dibolehkan untuk dimakan sekiranya sampai ke tahap ‘darurat’ walaupun ianya haram demi kelangsungan hidup.

Apa-apa pun, hanya dalam keadaan darurat sahaja! Hukum makan binatang dua alam seperti katak, kura-kura, ketam, ular, buaya, memerang dan sebagainya tetap haram untuk dimakan kerana dikhuatiri mendatangkan kemudaratan. 

 

Berpada-Pada Kongsi Gambar

Walaupun memakan katak itu salah satu cara ikhtiar hidup, namun tidak perlu rasanya kita berkongsi pada orang ramai kerana tindakan itu sama sekali boleh menimbulkan fitnah.

Sumber: Instagram Gambit

Apabila bergelar artis, lumrah sekiranya isu sebegini dijadikan bahan ‘gossip’ netizen walaupun apa yang dilakukan Gambit hanya untuk tujuan latihan survival.

Namun, perlu diingat tidak semua individu itu dapat menerimanya memandangkan isu seperti ini cukup sensitif untuk dibincangkan.

Siapa lah kita untuk menghukum orang lain sedangkan diri sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Apa-apa pun, Gambit selepas ini mungkin perlu lebih berhati-hati apabila memuat naik sesuatu di media sosial.

Macam orang kata, sekiranya benda itu bersifat peribadi, sendiri makan, sendiri simpan. Tidak perlu ditunjukkan pada umum andai apa yang dilakukan itu boleh membawa kepada perkara yang lebih ‘memburukkan’.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkan sekiranya seseorang itu memakan katak demi latihan kelangsungan hidup (survival) di dalam hutan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN