Tidak dinafikan anggota polis ataupun anggota keselamatan terdedah kepada risiko ketika menjalankan tugas.

Terbaru, telah tular di media sosial berkenaan seorang lelaki ditembak oleh anggota polis berhampiran di kawasan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dikunjungi lelaki berkenaan.

 

Lelaki Amuk Serang Polis

 

Suspek yang dipercayai berusia 41 tahun tersebut dikatakan mengamuk serta bertindak di luar kawalan dengan mengejar anggota polis dan cuba menikam dengan sebilah pisau lipat yang dibawanya.

sumber: bernama

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, lelaki berkenaan mengamuk kerana tidak boleh mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di Bukit Tinggi, Klang. 

Sebelum suspek ditembak, suspek difahamkam telah mengamuk di hadapan pengawal keselamatan kira-kira jam 12.30 tengahari serta bertindak merosakkan mesin ATM .

Suspek juga dikatakan mengugut untuk datang semula pada jam 2 petang dan akan mengamuk lagi jika masih belum boleh keluarkan wangnya.

Polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba ke lokasi pada jam 2 petang setelah menerima maklumat daripada pengawal keselaman dan mendapati suspek berada di hadapan bank dalam keadaan marah serta memegang pisau lipat.

 

Polis Lepaskan Tembakan

Difahamkan, anggota polis yang berada di tempat kejadian berusaha untuk memujuk dan menenangkan suspek selama hampir 20 minit sebelum suspek tersebut bertindak di luar kawalan dengan mengejar anggota polis dan cuba untuk menikam.

Bagi tujuan mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan empat das tembakan dan dua das mengenai bahagian perut suspek.

Suspek telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan sementara polis merampas pisau lipat berukuran tujuh inci dan satu paket serbuk putih dipercayai dadah di dalam beg sandang milik suspek.

Pihak polis bagaimanapun mengatakan suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau yang juga membabitkan dadah.

 

Boleh Ke Polis Lepaskan Tembakan?

Berikutan kejadian tersebut, rata-rata mempersoalkan mengapa perlu melepaskan tembakan, mengapa tidak menggunakan seni mempertahankan diri tanpa senjata, dan bermacam-macam lagi persoalan yang dilihat seolah-olah pihak polis yang salah.

Walaubagaimanapun, kita perlu tahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menembak sehingga mati atau menggunakan kekerasan sekiranya nyawa anggota berkenaan atau orang awam terancam dalam usaha menangkap penjenayah. 

sumber: karangkraf

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setiap anggota perlu mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO), undang-undang serta prosedur berkaitan sebelum mengambil tindakan terhadap penjenayah.

Bagaimanapun, katanya lagi, setiap kematian orang awam atau penjenayah akan direkodkan dan siasatan akan tetap dijalankan. Sekiranya anggota polis dilihat cuai ketika menjalankan tugas, mereka boleh didakwa di mahkamah.

 

 

Terdedah Kepada Risiko Ketika Bertugas

Menurut laman Facebook rasmi PDRM, seramai 1,342 orang pegawai dan anggota polis maut manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika menjalankan tugas bagi tempoh 5 tahun dari tahun 2010 sehingga tahun 2014.

Sepanjang tahun 2010 sahaja, tujuh orang maut manakala 26 cedera ketika bertugas manakala tahun 2013 pula 18 maut ketika bertugas termasuk lapan orang yang terkorban dalam insiden Lahad Datu, manakala 55 cedera ketika bertugas.

Anggota polis terdedah kepada risiko ketika melakukan operasi antaranya ialah operasi lumba haram, sekatan jalan raya, tugas rondaan jenayah, kejadian samun bersenjata api, operasi penangkapan suspek yang dikenal pasti, Op Tutup di Plaza Tol dan Orang Kena Tahan (OKT) mengamuk.

Berdasarkan statistik yang dibuat, setiap masa pegawai dan anggota polis terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman ketika melaksanakan tugas demi menjaga keamanan negara.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkah jika seorang anggota keselamatan melepaskan tembakan untuk tujuan mempertahankan dirinya apabila diserang secara dekat menggunakan senjata?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN