Baru-baru ini, satu pertubuhan doktor menyuarakan kebimbangan berhubung lambakan graduan perubatan yang belum menjalani latihan amali, selain kurang berkualiti.

Sumber:Jom Masuk Kolej

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail berkata, negara mempunyai lambakan graduan perubatan namun bidang perubatan masih kekurangan doktor.

Ulasnya,kualiti graduan doktor ini juga rendah kerana mereka tidak menjalani latihan amali (housemanship) di hospital.

Sumber:Kosmo

Tambahan pula, kerajaan tidak mengiktiraf graduan ini yang membuat latihan amali di luar negara.

Ahmad Syukri berkata, purata graduan perubatan dalam negara berjumlah 5,000 orang, manakala dari luar negara pula seramai lebih kurang 2,000 orang setiap tahun.

 

Salah Tadbir BN Punca Lambakan Garduan Perubatan

Ahmad Syukri yang juga pemilik hospital swasta yang enggan didedahkan nama berkata, masalah itu berpunca daripada sikap kerajaan lalu.

Sumber:eWARTA MARA

Katanya, kerajaan dulu terlalu lembut kerana meluluskan lesen yang banyak kepada kolej-kolej swasta.

Malah, kolej-kolej itu pula berebut memohon untuk ubah status kolej kepada kolej universiti. Sebab apa? Mereka buat fakulti baru, fakulti perubatan.

Oleh sebab itu, katanya, negara ini mempunyai banyak institusi perubatan dengan kualiti yang patut dipersoalkan.

Beliau mendakwa, fasiliti yang disediakan di fakulti perubatan juga tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, terutamanya di kolej universiti swasta.

Sumber:Ipoh Echo

Sementara itu, menurut Dr Ko Chung Sen, Malaysia merupakan antara negara di dunia yang mempunyai nisbah doktor lebih tinggi berbanding pesakit, tetapi nisbah katil hospital berbanding populasi adalah rendah.

Beliau yang juga pakar bedah dan juga bekas ahli Parlimen Kampar itu berkata, nisbah yang tidak sepadan antara infrastruktur kesihatan dan keperluan pegawai menunjukkan hasil salah tadbir dan kurang pelaburan kemudahan kesihatan awam di bawah pentadbiran kerajaan lama Barisan Nasional (BN).

Graduan perubatan perlu menjalani latihan doktor pelatih sehingga tiga tahun sebelum layak menjadi doktor. Tempoh menunggu untuk penempatan di hospital kerajaan menyukarkan hidup mereka.

 

Perlukan Doktor Berkualiti Bukan Kuantiti

Jumlah bilangan yang banyak dan besar bukanlah menjadi suatu ukuran, akan tetapi ia perlu diukur mengikut mutu dan kualitinya.

Sumber:FMT

Pasaran pekerjaan sekarang ini pun semakin membimbangkan juga, tetapi jika lambakan graduan perubatan ini semakin meningkat, ia satu persaingan yang hebat, dimana pihak perubatan boleh memilih doktor yang betul-betul berkualiti dan mereka yang tidak layak boleh disingkirkan.

Pada tahun 2017, industri perubatan negara masih kekurangan doktor pada nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.

Pada ketika itu, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.

Pada tahun 2018, Kementerian Kesihatan kehilangan khidmat 986 doktor pakar dalam pelbagai bidang sejak tujuh tahun lalu apabila mereka meletak jawatan dan berhijrah ke pusat perubatan swasta.

Purata kehilangan itu adalah sekitar 106 hingga 170 orang setiap tahun antara 2011 hingga 2017.

Jumlah itu meningkat dari tahun ke tahun dengan majoriti yang meletakkan jawatan berada pada gred UD53 dan ke atas.

 

KKM Ubah Lantikan Tetap Kepada Kontrak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihaknya mengambil berat terhadap kemelut itu dan beberapa langkah diambil bagi mengatasinya.

Sumber:The Star

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah yang diambil ialah mengubah kaedah lantikan secara tetap kepada lantikan secara kontrak.

Jelasnya, menerusi kaedah ini pegawai berpeluang menjalani latihan amali (housemanship) serta mendapat Pendaftaran Penuh selaras yang disyaratkan di dalam Akta Perubatan 1971 bagi meningkatkan kemahiran klinikal dan pengalaman pegawa.

Kedua, katanya, penguatkuasaan moratorium bagi program perubatan dengan pihak Kementerian Pendidikan sehingga 30 April 2021.

Ini bertujuan untuk mengawal had pengambilan (kuota) graduan perubatan oleh universiti dalam negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah lambakan ini salah kerajaan terdahulu atau tiada ruang dan peluang graduan ini jalankan latihan amali?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN