Baru-baru ini sebuah kenderaan pacuan empat roda telah merempuh pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Equine.
Dalam kejadian 8.08 malam itu, seorang wanita maut, manakala empat lagi parah. Wanita yang maut dikenali sebagai Wong Sow Lin, 57 tahun.
Manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai Wong Mei Hwa, 36; Lei Kok Lu, 71; Leong Eng How, 35 dan warga Myanmar, Vial Sian Mung, 33.
Pemandu Ditangkap Polis
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian ditahan jam 1.43 pagi sejurus melanggar pelanggan restoran berkenaan.
Kenderaan digunakan suspek turut ditemui di Taman Universiti Indah.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata,saringan awal ujian air kencing bagaimanapun negatif.
Menurutnya, darah suspek sudah diambil untuk ujian alkohol dan reman akan dilakukan pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10 pagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suspek Tiada Lesen Memandu
Suspek berasal dari Sarawak itu dipercayai mabuk ketika memandu kenderaan milik syarikatnya bekerja dan dia didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Majikan lelaki itu membawanya untuk serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas polis mengenal pasti pemilik kenderaan.
Suspek kemudian mengaku terlibat dalam kejadian itu dan pemeriksaan dilakukan lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau.
Salah Siapa?
Susulan kejadian itu, ramai pihak mengeluarkan pandangan masing-masing terhadap masalah ini. Bukan kerana soal kemalangan tetapi soal meja makan yang diatas jalan raya atau tempat parkir.
Menurut mereka yang patut dipersalahkan adalah pemilik restoran itu, yang menambah ruang makan di luar premis. Mereka mempersoalkan adakah pemilik restoran itu sudah memikirkan soal keselamatan pelanggannya?
Kalau dilihat lebih ramai pelanggan yang suka makan luar kedai, kerana mahu suasana terbuka terutama bagi mereka yang merokok.
Boleh dikatakan kebanyakkan kedai makan yang menyediakan kawasan terbuka seperti itu adalah untuk menarik pelanggan . Ada juga yang turut memasang skrin layar besar dengan paparan video-video menarik dan sebagainya.
Pihak Berkuasa Tempatan Pekakkan Telinga, Butakan Mata?
Rata-rata netizen menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang tidak membuat pemantauan tegas terhadap pemilik restoran yang membuka meja dan kerusi di atas jalan raya.
Ada yang mendakwa mereka menerima ‘imbuhan’ atau lebih popular dengan nama ‘dedak’ supaya tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bukan tidak ada laporan berhubung restoran yang meletakkan meja makan dan kerusi di atas jalan raya, tetapi perkara ini seolah-olah tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Itu hanya pandangan mereka, tetapi betul atau tidak kita pun tidak tahu. Mungkin dakwaan sebegini memerlukan bukti yang kukuh sebelum membuat pendakwaan sebegitu.
Adakah Meletakkan Meja Makan Atas Jalan Raya Sah?
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan .
Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Itu bagi memenuhi kriteria untuk mereka mendapatkan lesen membuka perniagaan di dalam premis atau restoran. Bukan untuk meletakkan meja makan dan kerusi di atas jalan raya.
Rasanya, mana-mana majlis perbandaran tidak pernah membenarkan pengusaha makanan di negeri itu meletakkan kerusi dan meja di atas jalan raya kerana ia akan mengganggu lalu lintas.
Berdasarkan pekeliling kerajaan negeri yang dikeluarkan pada Jun 2001, kerusi dan meja tambahan hanya boleh diletakkan di kawasan kaki lima kedai sahaja.
Walaupun pengguna mahukan suasana terbuka tetapi perbuatan meletakkan meja tambahan di atas jalan tetap merupakan satu kesalahan.
Walaupun permintaan pengguna adalah tinggi, namun sekiranya ia bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan maka pemilik dianggap telah melakukan kesalahan.
KATA ORANG
Letak meja di petak parkir n meniaga di petak parkir perlu dikuatkuasakan dgn tegas
— Hussein (@HUSSEIN_508) November 19, 2018
ambe ada pengalaman dgn mata kepala sendiri.. tgh dok makan tepi restoran tepi jalan tiba2 ada pemandu mabuk gi langgar kereta yg parking tepi jalan depan restoran tu. sebelum tu mmg rasa nak parking kat situ... https://t.co/C7LVBCs1Gh
— ابو نور الدين الأنصاري (@IbnuSarfuddin) October 18, 2018
Lepastu kawan dia siap record cctv dari area berdekatan dengan restoran tu. Allahu kalau dah ajal. Tengah duduk relax mau makan tetiba ada pula kereta boleh langgar dia dari belakang macam tu. Al-fatihan untuk Tuan Aris Malayu.
— ريني (@rinnynazri_) May 8, 2018
Ada budak perempuan kena langgar depan restoran Kg Tengah tu. Hmm, haritu kat sana nyaris aku kena langgar kereta tiba-tiba keluar simpang
— Encik Chak Safwan Idrus (@AhmadWawan) April 4, 2015