Pengangkutan awam untuk pelajar seperti bas sekolah dan van sekolah amat penting bagi ibu bapa dan penjaga terutamanya bagi mereka yang bekerja di bandar untuk memudahkan urusan penghantaran pelajar ke sekolah dan pulang ke rumah.
Tetapi malang tidak berbau kerana di Segamat baru-baru ini telah berlaku satu kejadian di mana seorang pelajar di Sekolah Menengah Tenang Stesen maut digilis oleh bas sekolah yang dinaikinya.
Pelajar berkenaan dilaporkan terjatuh sewaktu berdiri di tangga pintu bas sebelum digilis di bahagian bas sekolah tersebut.
Mangsa, M Ranjani Dewi yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu Cuai Mungkin Punca Kematian
Dalam kejadian jam 3 petang itu, difahamkan bas sekolah yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Taman Tenang menuju ke Jalan Mutiara 8 untuk menghantar pelajar-pelajar sekolah pulang ke rumah.
Pelik dan hairan bagaimana pelajar tersebut boleh terjatuh sewaktu bas sedang bergerak dan sudah pastinya pemandu bas tidak menutup pintu bas berkenaan.
Ada kemungkinan lain juga bas tidak berhenti lagi tetapi pintu sudah di buka lebih awal yang menyebabkan mangsa tergelincir.
Pemandu bas sekolah seharusnya menitikberatkan keselamatan penumpang dan tidak cuai ketika memandu.
Dahulu, kes pelajar digilis van sekolah sehingga menyebabkan arwah Aazad Ammar Mohd Azrai seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil maut akibat jantungnya pecah sewaktu digilis.
Perlu Utamakan Keselamatan
Syarikat pengendali bas sekolah perlu lebih peka dengan mementingkan keselamatan pengguna termasuk memastikan bas sekolah yang digunakan berada dalam keadaan selamat.
Pemeriksaan yang kerap perlu dilakukan oleh syarikat pengendali bas sekolah terutamanya dalam aspek keselamatan termasuk penggunaan cermin tingkap yang tidak pecah, permit dan lesen masih hidup serta alat pemadam api yang masih berfungsi.
Bukan itu sahaja, kesihatan pemandu juga main peranan penting dalam menjamin keselamatan penumpang yang merupakan pelajar sekolah.
Walaupun tidak dinafikan terdapat sikap pelajar yang sukar dikawal ketika menaiki bas seperti mengeluarkan kepala dari cermin, suka berdiri di depan pintu bas walaupun pintu ditutup, dan sebagainya.
Janganlah kita menunding jari siapa yang betul siapa yang salah, sebaiknya kita mencari jalan penyelesaian serta alternatif yang terbaik dalam menjamin keselamatan penumpang.
KATA ORANG
Min dulu pun selalu teringin berdiri dekat tangga pintu depan bas...Sesiapa naik bas tu, berhentilah buat macam ni..Kita bukan tahu bas brek mengejut ke apa..#IsuSemasa#BasSekolah#Pelajar#Sekolahmenengahhttps://t.co/KTMbOZfApw
— CARI_INTERNET (@CARI_INFONET) January 30, 2019