Semalam, kecoh di media sosial mengenai isu yang membabitkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menggunakan perkataan sensetif ketika mengulas isu mengenai kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

Sumber: The Star Online

Dr Mahathir berkata kita tidak boleh layan Lynas seperti ‘paria’ dan menggesa syarikat itu keluar dari Malaysia kerana ia bakal merencatkan usaha menarik pelaburan langsung asing ke negara ini.

Namun ucapannya itu telah menimbulkan kemarahan buat beberapa pihak sehingga menyebabkan beberapa ahli PKR membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir kerana dikatakan telah mengguris hati masyarakat India dan menuntut beliau supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada suluruh masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertahankan tindakan Dr Mahathir itu dengan meminta semua pihak supaya bersikap rasional dan memahami konteks yang ingin disampaikan Perdana Menteri.

 

Perkataan Paria Merujuk Pada Kaum India?

Bila timbul isu sebegini, kita pasti tertanya-tanya mengapa masyarakat India cukup fobia dengan perkataan ‘paria ini?

Sebenarnya, perkataan ‘paria’ ini merujuk kepada kasta yang paling rendah di India sehinggakan tidak boleh disentuh oleh kasta atasan.

Sumber: Google

Pariah adalah suku kaum India kasta terbawah yang diamalkan di Selatan India, manakala di bahagian Utara dipanggil Shudra dan Harijan.

Kasta paria paling dihina dengan pelbagai cara yang mana mereka tidak layak memegang pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan dan tidak boleh bersosial bersama kasta tinggi.

Jadi, tidak hairanlah ada orang India yang dilihat sangat marah sekiranya dipanggil dengan panggilan ‘paria’ kerana iu sebenarnya satu penghinaan sama juga seperti kita jika digelar bodoh, sakai, orang kampung dan sebagainya.

Diikutkan sejarah, kebanyakan orang India kasta rendah ini dibawa oleh British ke Malaysia untuk bekerja sebagai hamba di ladang-ladang getah, jalan keretapi, membuat jalanraya, bekerja sebagai tukang sapu dan lain-lain.

Dahulu, British mengamalkan kasta dalam membawa orang India masuk ke Malaya yang mana kasta tinggi dijadikan sebagai pengurus, doktor, peguam dan sebagainya. Begitu juga dengan paderi atau mubaligh kristian, tentera dan polis juga adalah tergolong dari kasta tinggi.

Tetapi apabila mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia tidak lagi mengamalkan sistem kasta sebegini untuk menjaga kebajikan kaum India.

 

Perlu Lebih Sensitif

Umum kita semua tahu bahawa perkataan ‘paria’ adalah sesuatu yang sangat sensitif dalam masyarakat India di Malaysia.

Buktinya, satu ketika dahulu hampir sahaja terjadi rusuhan dan perbalahan akibat polemik isu novel ‘Interlok’ yang dikatakan menghina masyarakat India Malaysia akibat penggunaan perkataan itu di dalam novel tersebut sehingga menyebabkan novel itu ditarik balik.

Sumber: Free Malaysia Today

Walaupun perkataan yang diucapakan Dr Mahathir itu bukan merujuk kepada sistem kasta kaum India seperti yang dituduh oleh beberapa pihak namun tidak bermakna anda boleh menggunakannya kerana umum tahu ia berbunyi seperti menghina.

Bagi sesetengah pihak, perkataan itu mungkin tidak membawa kesan tetapi seeloknya jangan gunakan perkataan itu kerana dikhuatiri memberi kesan kepada pihak lain.

Lebih buruk lagi apabila pemimpin sendiri yang menyebut perkataan itu tanpa memikirkan sensitiviti. Banyak lagi perkataan lain yang boleh digunakan untuk mengulas sesuatu isu dan konteks itu sendiri berbanding dengan perkataan ini.

Jadi sebagai selaku pemimpin negara, kenalah ada sensitiviti kerana apa sahaja yang anda lakukan itu dikhuatiri akan menjadi ikutan buat rakyat untuk memporak-perandakan sesuatu kaum di negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN