Beberapa hari lalu, tular gambar isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi di media sosial selepas merasmikan upacara melibatkan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinamakan Keris di Wuhan, China.
Penularan gambar itu nampaknya seperti sengaja dimainkan parti pembangkang yang mempertikai mengapa isteri Menteri Pertahanan yang dipilih menjadi perasmi upacara berkenaan.
Walhal, banyak lagi individu lain seperti Raja Permaisuri Agong dan Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan lebih layak merasmikan kapal tersebut.
Tidak kurang juga, yang mempertikaikan kredibiliti Normah yang merasmikan kapal tersebut.
Â
Isteri Kenamaan Rasmi Kapal Suatu Amalan Tradisi
Yang sebenarnya, tiada apa yang peliknya apabila isteri kenamaan diberi penghormatan untuk menjadi perasmi memandangkan ianya merupakan tradisi unik yang diamalkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh isteri kenamaan ini bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini, ramai sahaja isteri kenamaan yang lain termasuk isteri perdana Menteri, Menteri pertahanan, kerabat diraja atau Sultan untuk menamakan dan merasmikan kapal tersebut.
Malah, upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita juga adalah amalan biasa yang sudah dilaksana sejak Royal Navy ditubuhkan.
Selain itu, isteri kepada orang kenamaan negara akan diberi penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada TLDM.
Â
Rosmah Mansor Juga Pernah Rasmi Kapal
Tidak wajar sekiranya mahu mengaitkan isu ini dengan isu politik semata-mata memandangkan Datin Seri Rosmah Mansor juga sebelum ini juga pernah merasmikan kapal KD Lekiu pada 3 Disember 1994.
Ketika itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menjadi Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu.
Â
Senarai Kapal Dan Tokoh Yang Pernah Terlibat
Bukan itu sahaja, Maria Musa, isteri Musa Hitam ketika beliau menjadi timbalan perdana Menteri juga pernah merasmikan KD Mahawangsa pada 16 September 1982.
Manakala Tunku Maziah Tunku Mustapha, isteri Abang Abu Bakar Abang Mustapha ketika menjadi timbalan menteri pertahanan turut sama melancarkan KD Kasturi dan KD Lekir pada 14 Mei 1983, KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Laksamana Tan Pusmah pada 30 Mac 1984.
Jadi, tiada apa yang menghairankan untuk isteri kenamaan serta anggota Kabinet untuk merasmikan serta menamakan kapal TLDM seperti yang dilakukan oleh isteri kepada Mohamad Sabu ini.
KATA ORANG
Apa beza BN & PH? Isteri pak menteri juga. Ramai lagi wanita yg byk sumbangan kpd negara. Bagila kpd mereka penghormatan tersebut.
— Johan (@Johanseektruth) April 17, 2019
Mmg tradisi @tldm_rasmi kn.. sja jer org buat isu nk kasi panas..
— Z3R0Z (@Z3R0Z3R0Z) April 16, 2019
setidak tidaknya,ds rosmah isteri kepada perdana menteri...bukan isteri menteri pertahanan..masa ds hisamuddin x de pon isteri beliau rasmikan apa2 yg berkaitan kerajaan.
— #keadilanutkadib (@pedehalbro) April 16, 2019
Tradisi tentera laut dan tradisi/syarat dari negara China. Bukan dia saja2 nak pergi sana.
— SailorMun (@MunSailor) April 15, 2019