Dalam kehangatan suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland
ketika ini, telah tular sebuah video yang berdurasi 1 minit 34 saat di media sosial. Hal ini
telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah bekas
Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Mohammad Najib di laman twitter beliau.

Video yang tular tersebut menyaksikan dua orang yang menyarung T-shirt kempen dari
Pakatan Harapan (PH) ditahan oleh petugas dari Barisan Nasional kerana disyaki
memandu kenderaan milik kerajaan untuk tujuan berkempen.

Kereta yang dipandu mereka kelihatan meragukan dan memaksa petugas BN untuk
menahan kenderaan yang dipandu oleh mereka itu. Di luar badan kenderaan tersebut,
mereka menampal bendera Malaysia, tetapi apabila diselak, terdapat bendera Pakatan
Harapan dan di belakang bendera tersebut tertera tulisan dan logo Jabatan Perhutanan
Negeri Pahang.

 

Guna Untuk Jalankan Kegiatan Kebajikan Masyarakat?

Dalam satu video susulan yang turut tular, menyaksikan petugas yang berkempen
untuk calon PH telah datang berjumpa dengan masyarakat Orang Asli di sana memberi
penjelasan tentang hal yang berlaku iaitu berkenaan penggunaan kenderaan kerajaan
dalam melakukan kempen sedang bertelingkah dengan petugas yang berkempen untuk
calon BN.

Mereka (petugas dari PH) menyatakan bahawa mempunyai hak untuk jalankan
kegiatan kebajikan masyarakat di sana, tetapi penjelasan mereka itu dibidas oleh
petugas dari BN yang menyatakan bahawa mengapa perlu menggunakan kenderaan
kerajaan dan mereka mempertikai juga ‘kakitangan’ yang memandu kenderaan tersebut
yang menyarung t-shirt kempen.

Jika benar sedang bertugas menjalankan kerja-kerja kebajikan masyarakat seperti yang
dikatakan, mengapa perlu menyarung t-shirt kempen? Perkara ini sudah terang-
terangan menyalahi peraturan dan etika berkempen dalam Pilihan Raya.

Hal ini juga telah disahkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang bahawa kenderaan
tersebut memang milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Terdesak Untuk Menang?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam berkata, PH menjadi kelam kabut
dan terpaksa menggunakan kenderaan kerajaan dalam menjalankan kempen serta
untuk mendapatkan sokongan terutamanya masyarakat Orang Asli di sana.

Selain itu, beliau menjangkakan bahawa akan ada lebih banyak lagi taktik kotor yang
akan dijalankan oleh pihak PH dan dimaklumkan oleh petugas-petugas dari BN bahawa
kad pengenalan Orang Asli yang menyokong BN telah dicuri oleh pihak PH.

Bagi mengagalkan taktik kotor yang dijalankan, BN telah meletakkan petugas-
petugasnya di kawasan kampung Orang Asli untuk memerangkap petugas PH yang
bertindak menjalankan taktik kotor semasa waktu kempen berjalan.

Perbuatan menggunakan kenderaan kerajaan ini sedikit sebanyak telah mencemarkan
kewibawaan PH dalam menyakinkan pengundi-pengundi di Cameron Highlands kerana
mereka beranggapan bahawa kerajaan di bawah pimpinan PH ini boleh membawa
perubahan terutamanya dalam pilihan raya tetapi ternyata sama seperti apa yang
dilakukan oleh kerajaan lepas.

 

SPR Perlu Ambil Tindakan Serius

Perbuatan menggunakan kenderaan kerajaan merupakan satu pelanggaran dalam
peraturan dan etika kempen pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu
memandang serius terhadap perkara ini.

Pengerusi SPR, Tuan Azhar Azizan Harun dalam sidang medianya menyatakan
bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya dakwaan yang tular itu
benar-benar berlaku.

Selain itu, satu laporan polis telah dibuat oleh calon BN pada 21 Januari 2019 (Isnin)
berkenaan isu ini.

SPR merupakan satu badan berkecuali yang tidak berpihak kepada mana-mana parti
politik dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan PRK yang
diadakan berjalan dengan lancar sehingga tamat proses pengundian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah PH akan berjaya memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands jika mereka terus melanggar etika dan peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan SPR?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN