Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil pasti tidak tahu tanda-tanda yang sebenarnya kita sedang hamil.

Sumber:GLITZMEDIA.CO

Banyak simptom yang dialami oleh wanita hamil. Sebagai contoh, kerap demam, teringin nak makan pelbagai makanan, mengidam makanan pelik-pelik dan sebagainya.

Tetapi, tahukah anda, jika anda mengalami sakit gigi dan gusi yang teruk, anda mungkin sedang hamil.

Setiap Kali Mengandung Sakit Gusi Dan Gigi

Seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika mengandung zuriat kelima dan mengalami situasi sakit gusi dan gigi yang teruk berulang kali sehingga melahirkan anak kelapan pada 1991.

Sumber: Harian Metro

Memetik portal Harian Metro, Norsidah Kassim yang kini sudah berumur 63 tahun berkata, masalah sakit gigi dan gusi hanya berlaku dalam tempoh kehamilan dan berhenti sejurus kelahiran.

Mengikut penerangan doktor, ia berpunca daripada masalah gusi, namun rawatan sukar dilakukan gara-gara status ibu mengandung digalasnya dalam tempoh berkenaan.

Lama-kelamaan, rasa sakit itu membuatkan Norsidah mengambil pendekatan mencabut gigi dan ada antara giginya tercabut sendiri, sebelum mula memakai gigi palsu pada usia semuda, 35 tahun.

Selama 28 tahun, Norsidah memakai gigi palsu dan itu telah memusnahkan keyakinannya untuk tersenyum. Namun, kini ia sudah menjadi biasa bagi dirinya.

Ada Masalah Kesihatan Mulut

Menurut Pakar Prostodontik, Dr Ho Ting Khee berkata, wujud persepsi bahawa kehilangan gigi bukan perkara pelik seiring dengan peningkatan usia, sedangkan 32 batang gigi kekal seharusnya ada sepanjang hayat individu kecuali ada masalah kesihatan mulut ataupun trauma.

Sumber: Harian Metro

Memetik laporan Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2016, sebanyak 62,352 gigi palsu dikeluarkan di klinik kerajaan.

Kata Dr Ho, masalah kehilangan gigi bukan sahaja diakibatkan peningkatan usia sebaliknya membabitkan masalah kesihatan mulut.

Mungkin masalah kesihatan mulut antara punca mengapa Norsidah mengalami masah sakit bahagian mulut yang teruk.

Kebetulan pula, situasi itu berlaku dalam keadaannya mengandung. Boleh jadi tanda-tanda jika dia sedang hamil.

Sakit Gigi Boleh Keguguran?

Tetapi, ada pula kenyataan menyatakan bahawa perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil akan menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang terlekat pada gigi.

Keadaan itu akan menyebabakan sistem imunasi ibu akan lemah apatah lagi sedang sakit gigi dan alami batuk serta demam.

Sumber:Hello Sehat

Jika berterusan begitu ia akan melemahkan ketahanan ibu yang hamil dan bakteria melalui batu itu akan menyerang janin yang ada dalam kandungan.

Makanya, ibu yang mengandung jangan pandang remeh perkara ini. Segera berjumpa doktor untuk rawatan yang sepatutnya.

 

Antara Tanda-Tanda Hamil:

1) Kejang Bahagian Abdomen

Sumber:PolicyStreet Blog

Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

Perkara ini akan berlaku di awal kehamilan. Anda akan rasa kejang dibahagian tertentu.

Jangan risau, itu mungkin sedikit perubahan yang anda alami jika anda hamil.

2) Perubahan Selera Makan

Sumber:Bidadari.My

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama.

Tetapi tidak semua wanita hamil mengalai perkara seperti itu.

3) Badan Rasa Panas

Sumber:Her World Indonesia

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur).

Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur.

Ini hanya sebahagian sahaja tanda-tanda jika anda hamil. Setiap orang berbeza proses kehamilannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa sakit gusi dan gigi perkara biasa untuk wanita hamil?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN