Baru-baru ini, sekali lagi kontroversi berkaitan jantina usahawan kosmetik Nur Sajat menjadi topik hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof, mendakwa telah dianiaya Sajat ekoran kegagalan membantu usahawan itu menguruskan penukaran jantinanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPNM).

Sumber: sinar harian

Yusmiliati juga mengakui pada awalnya dia menawarkan diri bagi membantu Sajat  atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar jantina di dalam MyKad namun permohonan terbabit ditolak kerana Sajat didakwa gagal mengemukakan dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya ‘khunsa’.

Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, Sajat dan pembantunya membuat laporan polis terhadap Yusmiliati atas pelbagai tuduhan yang menyebabkannya ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Yusmiliati Gesa Sajat Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam

Berang dengan tuduhan yang dilemparkan Sajat yang mendakwa dirinya dianiaya, Yusmiliati menuntut Sajat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial dalam masa 48 jam berhubung tuduhan palsu melibatkan isu pertukaran jantina tersebut.

Sumber: mStar

Menurutnya, permohonan maaf itu dibuat bagi membersihkan namanya yang dituduh sebagai penipu berikutan didakwa gagal menguruskan penukaran jantina Sajat di JPNM.

Walhal, permohonan Sajat itu ditolak berikutan terdapat dokumen yang tidak lengkap yang menyebabkan permohonan penukaran jantinanya ditolak.

Sekiranya dalam tempoh berkenaan, Sajat tidak mahu membuat permohonan maaf, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memulakan proses tindakan undang-undang ke atas personaliti terbabit.

 

Sajat Masih Enggan Mohon Maaf Dan Mengaku Tidak Kenal Yusmiliati Pula

Walaupun digesa untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh berkenaan, Sajat nampaknya masih enggan untuk membuat permohonan maaf.

Sumber: NewMalaysianPost.com

Malah, Sajat juga turut menafikan pernah membayar sejumlah wang bagi mendapatkan pertolongan mengurus dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati.

Apa yang mengejutkan, Sajat juga mengaku tidak pernah meminta untuk menukar jantina dan tidak pernah bertemu dengan Yusmiliati.

Macam-macam hal pula….

 

Jika Betul Khunsa, Kenapa Takut Kemuka Bukti?

Memang sejak dulu lagi, Sajat seringkali dilihat berdolak dalih untuk mendedahkan status sebenar jantina dirinya sama ada lelaki, perempuan mahupun khunsa.

Sumber: Media Hiburan

Bagi individu yang benar-benar khunsa, sebenarnya tidak susah pun prosedur untuk menukar jantina di JPN sekiranya individu tersebut menyediakan senarai dokumen yang diperlukan memandangkan proses penukaran jantina itu sama sekali perlu dilakukan secara teliti mengikut prosedur ditetapkan.

Sekiranya jantina individu yang memohon untuk menukar jantina pada MyKad disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka sama sekali boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa.

Namun, sekiranya individu itu sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir, maka pihak JPN mempunyai hak untuk menolak permohonan mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda merasakan Yusmiliati sengaja sengaja menggunakan nama Sajat untuk tujuan publisiti atau perkara lain?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN