Heboh seluruh Malaysia apabila pihak Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki pengasas produk Nur Sajat, iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman.
Ia susulan Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam, atas tiga kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, tiga tahun lalu.
Jika gagal membayar denda itu, Hakim Rofiah Mohamad memutuskan Nur Sajat boleh dipenjara selama enam minggu.
Sajat mengaku bersalah atas tiga pertuduhan gagal mengenakan penyata di bawah akta berkenaan. Dia didenda RM900 bagi setiap pertuduhan
Menerusi laporan Berita Harian, Sajat didakwa gagal mengemukakan penyata perniagaan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia mengikut cara yang ditetapkan sepanjang 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016.
Lupa Bawa Dokumen Pengenalan Diri, Alasan Baru Balik Luar Negara
Ketika proses rayuan, Sajat dikatakan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan meminta maaf kepada mahkamah selain memaklumkan tidak mengetahui berkenaan sistem GST ketika itu.
Alasan yang diberikan beliau baru sahaja pulang dari luar negara.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Noor Asyikin Md Rodh manakala Nur Sajat tidak diwakili peguam.
Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimana mungkin, Pengenalan diri atau IC terlupa dibawa
bersama sedangkan beliau tahu hari tersebut mempunyai prosiding di mahkamah dan ia amat penting.
Tindakan Sajat ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Netizen Banjiri Komen Dengan Nama Lelaki Sajat Di Setiap Gambar Diinstagramnya
Sehingga hari ini setiap ruangan komen media sosial Sajat dibanjiri dengan komen netizen yang mendesak Sajat mengakui jantinanya yang sebenar.
Dan ia di penuhi dengan panggilan Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman.
Malah netizen juga turut menyerang teman lelaki Sajat, yang dikenali sebagai coach_yin diinstagram miliknya itu.
PA Sajat Merayu Kepada Wartawan
Dalam satu posting di ruangan komen instagram milik Sajat ketika membalas komen netizen, Sajat menuduh wartawan salah lapor namanya dan telah memutar belit isu berkenaan.
Katanya, wartawan tersebut tidak boleh dipercayai.
Susulan kenyataan Sajat itu, wartawan Sinar Harian yang bertugas ketika kes Sajat tampil mendedahkan hal sebenar yang berlaku di mahkamah.
Sajat Tetap Mengaku Sebagai Perempuan
Bercakap kepada mStar Online, Nur Sajat berkata, laporan media yang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman adalah tidak benar.
Dia menegaskan nama sebenarnya bukan Muhammad Sajjad tetapi Sajat Kamaruzzaman. Tidak ada perkataan Muhammad di dalam dokumen pengenalan diri.
Katanya, ia sekadar nama panggilan di laman sosialnya seperti Instagram dan penggunaan nama syarikat miliknya.
Dalam pada itu, Sajat mempertikaikan laporan media yang hanya menyebut namanya saja sedangkan kes GST tersebut membabitkan syarikat kosmetiknya.
Tidak Akan Tunjuk Pengenalan Diri Kepada Umum
Ditanya adakah dia sedia menunjukkan kad pengenalannya bagi mendedahkan nama sebenar kepada umum tanpa mendedahkan butiran lain pada dokumen pengenalan tersebut, beliau menegaskan tiada sebab mustahak untuk dia berbuat demikian.
Katanya, tiada keperlan untuk tunjuk dokumen pengenalan diri kepada umum semata-mata untuk puaskan hati mereka. Malah Sajat turut memberi alasan dibimbangi kad pengenalannya itu akan disalah guna orang lain terutama ramai scammer dan penipu dikesan sejak kebelakangan ini.
Sajat Khunsa?
Sebelum ini memang hangat apabila tersebarnya beberapa keping gambar yang menampakkan nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Bagaimanapun menerusi sebuah wawancara terbaru, Sajat menafikan akan kebenaran spekulasi tersebut. Menurut Sajat, penularan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak tertentu yang kurang senang melihat kejayaannya.
Menurut lelaki tersebut, dia yang telah mengenali Sajat sejak kecil, pernah melihat alat sulit jutawan itu yang mengesahkan dia seorang lelaki dan bukannya khunsa seperti yang didakwa.
Enggan dianggap sebagai penipu, lelaki itu tampil dengan pendedahan terbaru. Kali ini berserta bukti bergambar yang memperlihatkan Sajat ketika zaman kanak-kanak dan remajanya.
Jakim Sahkan Sajat Khunsa

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya.
Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.
Katanya, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa dia adalah Khunsa.
Selepas ia disahkan begitu, netizen mula tidak memperkatakan isu berkenaan.
Tetapi dengan pendedahan di mahkamah ia membangkitkan kembali isu identiti Sajat ini.
Jangan terkejut pula dengan pendedahan di Pusat Mengundi Sajat.
KATA ORANG
Are you trying to tell us that the court made a mistake.? That somebody else with the name muhammad sajjad did furnish the gst returns? And foremost of all, you are a women?
— Shah (@Shah63525853) December 20, 2018
Jakim : we're going to investigate sajat's real gender >:( fuck other important cases that effect the community!
— (❁´◡`❁) (@fishashuib) December 19, 2018
The court : so nur sajat or her real name, muhammad sajjad kamaruzzaman...
Jakim : pic.twitter.com/A6r1ODBQ3I
The best thing that happened today is that finally we know who the hell muhammad sajjad is. PRIME TIME BITCHHH
— AIZZATRAHIM (@AIZZZATRAHIM) December 19, 2018
Jakim dari dulu sampai sekarang bersusah payah mencari identiti sebenar dia, yang Mahkamah senang je cakap nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. Malu la jakim Malaysia oi.
— Fx' Mi ⚓ (@MohamadFahmi_) December 19, 2018
nama lelaki muhammad
— SYAH (@lebahjuling) December 19, 2018
nama perempuan terus tukar letak nur...
amboi pandai nak cover eh... dasar lelaki!