Sumber: Free Malaysia Today

Tular isu berkenaan bayaran RM1.4 juta oleh Parti Islam Semalaysia (Pas) kepada Sarawak Report (SR) pada minggu lalu. Perkara tersebut menjadi perdebatan hebat di alam maya susulan dakwaan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan bayaran terbabit oleh Pas semasa ceramahnya di Semenyih.

Anwar berkata, beliau mempunyai maklumat kukuh berbentuk transaksi bank. Beliau turut mencabar Pas supaya menyamannya di mahkamah sekiranya dakwaan yang dilontarkan tidak benar dan tidak berasas.

Sumber: NST

Clare Sahkan

Jumaat lalu, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengesahkan penerimaan cek RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan menyelesaiakan kes saman yang dilakukan oleh Abdul Hadi Awang pada bulan lalu.

Walaupun begitu, ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS membayar kos kerana ia sudah dilakukan oleh pihak ketiga yang mewakili portal tersebut iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu.

Isu pemberian dana RM1.4 juta kepada SR merupakan rentetan daripada penyelesaian kes di luar mahkamah oleh Pas berkenaan dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada UMNO dan BN. Hadi telah menarik balik tuntutan saman terhadap Rewcastle-Brown di mahkamah London atas nasihat peguamnya.

Imej Pas Tercalar

Imej Pas sebelum ini telah tercalar ekoran pembohongan ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh mengenai rakaman audio penerimaan dana daripada UMNO sebelum PRU lalu.

Malah, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menghalalkan tindakan Nik Abduh tersebut terus memberi gambaran yang buruk kepad imej Pas sebagai parti Islam.

Pengesahan cek ini memberi tamparan hebat kepada pimpinan Pas selepas penafian yang dibuat. Malah Pas melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin berkata akan mengadakan sidang media bagi menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh Anwar. Clare mendakwa, pada asalnya Hadi ingin membayar secara tunai tetapi beliau menolak dan memilih untuk menggunakan cek tarikh tertangguh.

Sumber: Nasrudin Hassan

Timbul Kemusykilan?

Sehingga kini Pas masih menafikan pengesahan dari SR. Apa yang menjadi kemusykilan ialah nombor akaun Bank Islam yang didedahkan dari surat lampiran dikatakan tidak sah. Hal ini kerana nombor akaun yang dipaparkan tersebut tidak cukup 14 digit. Kemusykilan ini seolah-olah memberi kelebihan buat Pas untuk menentang dakwaan yang dilontarkan oleh Anwar.

Malah, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan secara sinis memerli nombor akaun yang tular tersebut sambil mengemukakan nombor akaun 14 digit Bank Islam Pas yang sebenar.  

Sumber: Rafizi Ramli

Adakah Clare Menipu?

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di dalam hantaran Facebooknya, beliau telah memperincikan digit yang menjadi kod pengenalan bagi menyelesaikan pertikaian tersebut. Nombor akaun sepuluh angka yang tular adalah sebahagian daripada nombor akaun Bank Islam 14 angka.

Sumber: Rafizi Ramli

Beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan beberapa nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.

Cubaan beliau untuk mengesahkan nombor akaun tersebut berjaya apabila transaksi pindahan wang ke akaun terbabit berjaya. Difahamkan pemilik akaun terbabit merupakan salah seorang pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Peguam Sahkan

Dalam masa yang sama peguam Americk Sidhu turut mengesahkan nombor akaun pada cek RM1.4 juta yang didedahkan Clare dan anak guamannya sudah menerima wang tersebut melalui akaun Maybank. Beliau menambah, cek tersebut ditulis di hadapannya namun beliau enggan mendedahkan pemilik akaun tersebut.

Teka-teki berkenaan bayaran RM1.4 juta tampak semakin jelas. Sudah tiba masanya untuk Pas menjelaskan keadaan sebenar. Tindakan undang-undang wajar dilakukan bagi membuktikan dakwaan yang dikemukakan adalah palsu. Sekiranya tidak, imej Pas sebagai parti Islam akan terus tercemar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Dengan dakwaan terbaru ini, adakah imej Pas akan terus merosot?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN