Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan rakaman video solat sunar Tarawih dengan kelajuan terpantas didakwa berlaku di Indonesia.

Video tular itu sama sekali mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempersoal sama ada solat sebegini adalah sah atau tidak.

Apa yang paling mengejutkan, solat Tarawih 20 rakaat yang sedang dilakukan ratusan jemaah masjid itu hanya boleh selesai dalam tempoh 7 hingga 10 minit sahaja!

Memang sesuatu yang luar biasa betul!

 

Satu Tradisi Masyarakat Cirebon

Di bulan Ramadan, selepas solat Isyak, umat Islam di negara kita akan menunaikan solat Terawih. Lapan rakaat sahaja mungkin mengambil masa satu jam setengah.

Inikan pula solat Tarawih 20 rakaat, silap-silap sampai berjam-jam lamanya baru habis.

Sumber: Youtube

Solat Tarawih kilat yang berlaku di Indonesia itu bukanlah satu perkara baru. Memang sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di daerah Cirebon untuk mengerjakan solat secara pantas dalam tempoh yang singkat.

Difahamkan juga, solat tarawih terpantas ini memang sengaja dilakukan bagi tujuan mendorong masyarakat setempat untuk tidak malas menunaikan solat sunat itu yakni menyebabkan jemaah terpaksa solat tergopoh-gopoh untuk rukuk dan sujud.

Jika di Malaysia, solat sunat tarawih itu sama sekali lama kerana bacaan Surah yang panjang hingga ada yang sakit kaki akibat berdiri lama.

Sumber: www.kincir.com

Di daerah Cirebon ini, solat sunat itu dilakukan secara cepat untuk memudahkan para jemaah yang kurang senang dengan solat yang dilakukan secara lama.

Tetapi, persoalannya, adakah solat dengan cara sebegini sah walaupun ia merupakan satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di sana?

 

 

Solat Jadi Tidak Sah Sekiranya Tergopoh-Gopoh

Mengulas mengenai isu ini, Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab isu yang seringkali menjadi persoalan ramai.

Katanya, solat secara tergopoh-gopoh seperti yang tular dalam video tersebut adalah tidak sah kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie.

 

Wajib Tenang Ketika Solat

Setiap kali solat, setiap jemaah itu diwajibkan untuk tamakninah iaitu diam, berhenti atau bertenang sebentar ketika rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud sehingga solat itu dikerjakan dengan tenang dan khusyuk.

Sumber: https://daku-amat.blogspot.com

Bayangkan sekiranya solat itu dilakukan dengan laju, kita pasti tidak mempunyai masa untuk membaca doa di antara 2 sujud dan sebagainya.

Malah mungkin, ketika sedang khusyuk membaca Surah Al-Fatihah misalnya, bacaan kita mungkin tergantung kerana mahu mengejar imam.

Adalah sebaiknya kita melakukan tamakninah ketika solat kerana ianya mampu memberi ketenangan di dalam setiap pergerakan solat itu.

 

Antara Kesilapan Umum Ketika Solat

  1. Solat tanpa ilmu
  2. Tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk
  3. Larangan isbal – kain atau seluar yang labuh menutupi mata kaki
  4. Mata tidak konsentrasi ke tempat sujud
  5. Membaca fatihah dengan cepat!
  6. Makmum sibuk baca fatihah di belakang imam
  7. Tidak mengeraskan bacaan ‘amin’
  8. Hidung dan dahi tidak menyentuh tempat sujud
  9. Tidak ambil kesempatan berdo’a ketika sujud
  10. Tidak menegakkan kaki kanan ketika duduk antara dua sujud dan tahyat
  11. Menyingsing lengan baju dan menyelak rambut ketika sujud
  12. Tidak duduk sebentar sebelum bangun ke raka’at kedua dan keempat
  13. Cara duduk tahyat pertama dengan tahyat akhir sama
  14. Melintas di hadapan orang yang sedang solat
  15. Makmum tidak kisah saf solat tidak lurus dan tidak rapat
  16. Tidak menggerakkan bibir/mulut
  17. Solat dengan hanya memakai kain pelikat tanpa memakai baju.
  18. Bacaan imam tidak betul
  19. Imam solat ekspres!
  20. Tidak khusyuk ketika solat

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah solat dilakukan sepantas kilat walaupun ia merupakan satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di sana?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN