Nampaknya, rakyat Malaysia masih lagi tidak mengambil iktibar di sebalik rusuhan kuil yang berlaku tempoh lalu. Kali ini, satu lagi rusuhan berlaku di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah, Kuala Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan rusuhan ini berlaku melibatkan dua kumpulan penganut Hindu yang bersenjatakan parang, dipercayai berpunca daripada pergaduhan geng yang tidak berpuas hati berkaitan dengan pemasangan khemah.

 

Polis Sekali Lagi Menjadi Mangsa

Rusuhan yang berlaku telah menyebabkan seorang anggota polis cedera dan ada dalam kalangan orang awam mengalami putus sebahagian tapak tangan di sebelah kiri.

Hal ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan, mengapa kumpulan terbabit perlu bertindak sebegitu ekstrim sehingga menyebabkan pihak lain pula menjadi mangsa, sedangkan pihak polis hanya menjalankan tugas untuk mententeramkan keadaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, seramai 28 individu terlibat dalam rusuhan bersenjata telah ditahan di sekitar Kuala Selangor.

 

Harap Ada Keadilan Supaya Tidak Terjadi Seperti Kes Adib

Bagi pengguna media sosial, ramai yang mengharapkan agar kes rusuhan seperti ini mendapat keadilan yang setimpal kepada si pelaku, dan mengharapkan agar si pelaku berjaya ditangkap.

Ini memandangkan kes rusuhan yang berlaku di Kuil Seri Mahamariaman yang telah menyebabkan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib tempoh hari masih tidak berjaya dikesan.

Sudahlah tidak berjaya dikesan, kes itu seakan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya memandangkan kes Muhammad Adib ditutup begitu sahaja. Hal ini seterusnya telah membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengikuti prosiding kes dari awal sehingga akhir.

 

Ada Yang Dakwa Senjata Bukan Dari Tempat Kejadian?

Walau bagaimanapun, terdapat juga seorang pengguna Facebook yang berasa sangsi dan ragu-ragu terhadap senjata tajam yang dirampas oleh pihak polis bagi mengaitkan rusuhan antara dua kumpulan terbabit.

Sumber: Facebook

Dakwaan berdasarkan hujahnya, tidak terdapat sebarang tompokan darah di sebalik senjata yang digunakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam sehingga terputus sebahagian tapak tangan.

Sumber: Astro Awani

Sebaliknya, dia mendakwa alat rampasan tersebut bukan dari tempat kejadian. Malah, mangsa yang ditangkap bukanlah pelaku sebenar, tetapi merupakan anak-anak penduduk tempatan yang berada di depan rumah yang baru pulang sebentar ke kampung halaman untuk menziarahi keluarga.

Sumber: Facebook

Sungguhpun begitu, bagi pengguna Facebook yang lain, ramai yang tidak mempercayai dakwaannya dan meminta bukti yang lebih kukuh. Ini memandangkan segala bahan bukti boleh dimanipulasi misalnya sempat dibersihkan sebelum ditangkap.

 

Dakwaan Di Media Sosial Sesiapa Sahaja Boleh Buat

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mungkin orang awam yang menjadi mangsa boleh terputus sebahagian tapak tangan sekiranya tidak ada senjata berbentuk pisau atau parang yang digunakan.

Sebagai seorang yang menjadi saksi penting, dia seharusnya membantu pihak polis untuk menjalankan siasatan, bukannya melaporkan kisah yang belum tentu benar di ruangan media sosial.

Yang jelas, tindakan rusuhan di kawasan tempat ibadat merupakan sikap yang tidak wajar dilakukan, malah ia melambangkan sikap golongan yang tidak bertamadun. Penulis percaya, tidak ada mana-mana agama di dunia ini yang menghalalkan keganasan dalam satu-satu tindakan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mengapa kejadian rusuhan di kuil masih lagi berulang?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN