Rasanya sudah lama rakyat tidak melihat kelibat isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di majlis-majlis keramaian , di kaca televisyen mahupun berdamping di sisi suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber:SAYS

Sejak BN kalah teruk pada PRU-14, Rosmah lebih mengunci dirinya daripada umum dan hanya hadir ke mahkamah atau di pejabat SPRM sahaja berhubung kes-kes barang mewah yang dimlikinya semasa Najib menjadi PM.

Sumber:businesstimes.com.sg

Bagaimanapun, Rosmah bakal didatangkan khas kepada rakyat Semenyih sekiranya BN menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih.

 

Najib Aktif Berkempen

Sejak kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi, mungkin membuatklan Najib lebih yakin untuk berkempen dan memenangkan BN di PRK Semenyih.

Sumber:Utusan Online

Majoriti kemenangan di PRK Cameron Highlands jauh lebih tinggi berbanding majoriti 597 undi yang dimenangi calon BN, Datuk C. Sivarraajh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi. 

Dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi.

Kemenangan ini akan dijadikan sebagai contoh buat Najib dan penyokong-penyokong BN untuk merangkul kemenangan di PRK Semenyih.

 

Jadikan Rosmah ‘Gula-Gula Pilihanraya

Najib berjanji akan bawa Rosmah berjumpa dengan pengundi di Semenyih jika BN memenagi PRK kali ini. Bagaimanapun, kenyataan Najib itu dilihat dari sudut negatif apabila rakyat merasakan ia sebagai ‘gula-gula’ dalam pilihanraya.

Sumber:FMT
Sumber:mStar

Ini kerana kebanyakkan penduduk Semenyih adalah dari keturunan Minang dan Rosmah juga mempunyai darah Minang. Mungkin maksud Najib, ramai akan menyokong BN kerana persamaan darah Minang yang ada dengan isterinya.

Tetapi adakah ini menentukan kemenangan di PRK Semenyih? Adakah Najib betul-betul lupa atau buat-buat lupa bahawa kekalahan BN adalah kerana keborosan isterinya itu.

Sumber:OhBulan

Rata-rata rakyat Malaysia menolak BN kerana Najib dan Rosmah. Malah akar umbi dalam Umno BN sendiri pun menolak mereka berdua kerana merompak wang rakyat demi kepentingan diri mereka dan keluarga.

Sumber:says.com

Kemewahan diperolehi daripada rasuah, penyelewengan dan sebagainya untuk isteri, anak-anaknya sekali.

Najib Mundar Mandir Untuk Jawatan

Dengan berkempen di Cameron Highlands dan Semenyih, aktif bersama anak-anak muda dengan keluarkan slogan ‘MaluApaBossku’ Dan #BBB Bukan Biashe-Biashe.

Sumber:Astro Awani

Najib juga dikatakan sanggup menjadi badut untuk meraih populariti. Berlagak seperi rakyat bawahan, sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian orang ramai.

Sumber:Malay Mail

Ramai ahli Umno mendakwa Najib sanggup mundar mandir tanpa jawatan untuk dapatkan balik jawatan, tetapi tidak pasti jawatan sebagai apa. Adakah ini rancangan Najib untuk mengawal minda rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan hari ini?

Apa Najib Buat Semasa Jadi PM?

Sekarang Najib dilihat aktif membidas kerajaan PH terutama isu tol yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Sumber:lipstiq.com

Kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun dianggap remeh oleh pembangkang, sekurang-kurangnya kerajaan PH berjaya mengambil langkah awal bagi mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan BN semasa menjadi kerajaan apabila mereka hanya tahu berbincang tetapi tiada jalan penyelesaian.

Sumber:zimbio.com

Ulasnya, ketika berada dalam kabinet dan Timbalan pada Najib, kerajaan BN ketika itu hanya lakukan perbincangan demi perbincangan tetapi hasilnya tiada.

Kata Muhyiddin lagi, Najib itu sendiri tidak dapat melunaskan janji mengenai tol setelah beberapa tahun menjadi perdana menteri.

Tol dihapuskan ketika itu disebabkan PRU-14, kos sara hidup rakyat tidak turun, peminjam PTPTN disenarai hitam, harga minyak naik, harga rumah pun mahal.
Apa Najib buat selama jadi PM?

Najib cuma buat duit dengan merompak wang rakyat, seleweng dana untuk kebajikan rakyat, kayakan kroni. Selain itu, bagi isteri beg-beg mewah, barang kemas dan permata, melancong sana sini dan banyak lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapata anda, adakah rakyat senang hati dengan kemunculan Rosmah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN