Sumber : Facebook (Buletin)

Baru-baru ini tular di laman facebook tentang perkongsian seorang wanita tenang adiknya yang melecur muka selepas mendaptkan rawatan kecantikan di sebuah spa tempatan yang cukup dikenali ramai.

Wanita tersebut mendakwa bahagian muka adiknya menjadi lebih teruk selepas mendapatkan rawatan kecantikan di spa tersebut, daripada hanya bekas jerawat muka adiknya menjadi melecur dan dipenuhi jerawat yang teruk.

Dalam memilih tempat untuk rawatan kecantikan, kita haruslah membuat kajian terlebih mengenai rawatan yang kita ingin lakukan. Selain itu, kita boleh melihat ‘review’ dan pendapat orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawar di spa berkenaan.

Tidak dinafikan, perkhidmatan spa dan kecantikan sekarang adalah lebih murah dan mampu dilakukan oleh kebanyakan orang. Kecanggihan teknologi yang turut memberi impak terhadap dunia kosmetik dan estetik telah mewujudkan pelbagai jenis rawatan untuk pelbagai jenis masalah.

 

Diiktiraf Dan Profesional Ke Tak?

Sumber : Gambar Hiasan (Abadi Indah)

Pentingnya untuk setiap individu memastikan pusat kecantikan yang mereka ingin lawati menerima lessen dan pengesahan daripada pihak yang berwajib. Penggunaaan alatan dan ubat-ubat juga haruslah menerima kelulusan yang disahkan oleh KKM kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Jika dilihat dari sudut yang positif, bisnes kecantikan dan estetik yang makin diminati ramai telah membuka banyak peluang perniagaan dan juga peluang pekerjaan terutamanya kepada ibu-ibu dan juga graduan-graduan muda.

Sumber : Gambar Hiasan ( Zarraz Mobile Spa)

Selain itu, ‘Mobile Spa’ juga turut menerima permintaan yang hebat kerana memudahkan wanita-wanita yang mempunyai anak-anak kecil untuk memanjakan diri mereka dirumah sahaja. Menawarkan servis dengan datang rumah ke rumah juga membolehkan kerjaya ini untuk dilakukan secara sambilan oleh individu yang ingin mencari pendapatan tambahan.

Namun begitu, perkhidmatan ‘Mobile Spa’ ini juga pernah menerima kritikan yang hebat kerana insiden muka salah seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka melecur teruk dan kulit mukanya terpaksa dibuang bagi mengelak daripada terkena jangkitan.

Ramai yang mempertikaikan tentang kualiti kerja oleh mereka yang menjalankan perkhidmatan ‘Mobile Spa’ ini, dari aspek keselamatan dan penggunaan bahan-bahannya.

Namun begitu ada sahaja perkhidmatan spa mudah alih yang dijalankan berjaya memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan hati pelanggan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan senario semasa, wajarkah Maduro terus berkuasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN