Sehingga kini, desas desus mengenai rombakan kabinet yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum diputuskan.

Sumber: Rojak Daily

Apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir bahawa beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet sekiranya menerima pencalonan baru daripada Keadilan yang selesai mengadakan pemilihan parti tempoh hari dilihat bakal direalisasikan.

Menurut Dr Mahathir, atas sebab itu, Keadilan boleh mencalon nama dan mengemukakan hujah mereka sama ada mahu menghantar nama kepada Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, katanya, calon yang dikemukakan itu perlu bergantung atas budi bicara beliau kerana beliau mempunyai pandangan tersendiri terhadap calon tersebut walaupun Keadilan merupakan parti terbesar di dalam Pakatan Harapan (PH).

Sumber: Sinar Harian

Namun, bagi tujuan rombakan itu, Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika waktu ini Keadilan tidak menghantar sebarang nama kepada Dr Mahathir bagi tujuan itu malah kedudukan menteri serta timbalan menteri di dalam kabinet ketika ini masih sama.

 

Bukti Kabinet Tidak Berwibawa?

Walapun segala khabar angin yang mengatakan tindakan Perdana Menteri itu diterima oleh seluruh menteri Kabinet namun terdapat beberapa ahli politik yang dilihat mengutuk tindakan itu dengan menyifatkan ia sebagai bukti menteri tidak berwibawa.

Antara pemimpin politik tersebut termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan perkara tersebut atas alasan rombakan kabinet kebiasaannya akan dilakukan selepas setahun atau setahun setengah pentadbiran dan dalam tempoh yang agak lama.

Melihat kepada perkara tersebut, kerajaan Pakatan Harapan dilihat menjadi kerajaan tidak sampai setahun malah sudah memutuskan untuk membuat rombakan kabinet.

Apabila kerajaan melaksanakan semula rombakan kabinet, adakah ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak berpuas hati terhadap prestasi kerja yang ditunjukkan oleh seseorang menteri itu?

Sumber: Berita Harian

Turut difahamkan, antara nama menteri yang diperkatakan akan digugurkan adalah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.

Melihat kepada kedua-dua prestasi menteri itu, kedua-duanya menjalankan tanggungjawab seperti terkandung di dalam portfolio masing-masing yang diamanahkan.

Sumber: Mykssr.com

Namun sebelum ini juga, beberapa pihak pernah mempertikaikan prestasi kerja Rina Harun yang dilihat tidak menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat.

Maszlee Malik sebelum ini juga mengatakan kedudukannya ‘masih selamat’ sebagai Menteri Pendidikan, sekali gus menafikan khabar angin rombakan Kabinet membabitkan namanya.

Beliau mendakwa kontroversi itu sengaja direka parti pembangkang bagi mengalihkan kes siasatan terhadap beberapa bekas anggota Kabinet sebelum ini.

Malah sebaliknya, Rina Harun pula dikatakan bersedia untuk digugurkan jika sekiranya beliau benar-benar tidak layak menggalas tugas menteri, dalam Kabinet Dr Mahathir.

Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata buat masa ini tumpuan beliau adalah menjalankan tanggungjawab dalam portfolio, seperti yang diamanahkan kepadanya.

 

Perdana Menteri Ada Kuasa Rombak Kabinet

Sumber: Malaysia Stylo

Walaupun ada pihak yang mengatakan tindakan kerajaan merombak semula kabinet dalam tempoh selepas setahun itu namun perkara tersebut semenangnya atas budi bicara perdana menteri itu sendiri.

Hal ini kerana, sepanjang tempoh menteri memegang jawatan mereka, perdana menteri mempunyai kuasa untuk memberi markah 40 ke 50 peratus kepada anggota Kabinetnya serta pencapaian di kementerian masing-masing.

Mungkin ada pihak yang mempertikaikan mengapa kerajaan kini dilihat membuat rombakan kabinet dalam tempoh awal disebabkan Dr Mahathir dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi kerja setiap anggota Kabinet.

Malah, sebelum ini juga, Dr Mahathir pernah berkata bahawa mana-mana anggota Kabinet yang tidak menunjukkan pretasi kerja yang memuaskan, nama mereka boleh digugurkan dan diganti dengan anggota Parlimen yang lebih layak.

Tidak dinafikan kesemua menteri ini masih baru dan segelintir dari mereka juga dilihat masih tidak mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang tersebut namun perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka melepaskan diri daripada menunjukkan prestasi yang memuaskan kepada rakyat.

Yang pastinya, tugas sebagai menteri ini sememangnya bukan lah mudah seperti yang disangka kerana menteri juga tidak putus-putus untuk berdepan dengan pelbagai kritikan daripada orang ramai terhadap beberapa isu.

Jadi, kita tunggu sahaja dan lihat sama ada benar atau tidak desas desus mengenai rombakan kabinet seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Perdana Menteri rombak semula kabinet disebabkan beberapa menteri tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan untuk rakyat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN