Sumber: Rima News

Baru-baru ini desas-desus terhadap kenaikan harga rokok mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang mana ada di antara mereka memberikan pandangan positif dan juga negatif?

Jika dilihat, di mana-mana tempat sahaja pasti ada individu yang merokok sama ada di tempat awam mahupun di tempat rekreasi.

Walaupun setiap hari kita disajikan dengan pelbagai iklan atau gambar yang menakutkan akibat merokok, namun ianya dilihat tidak memberi apa-apa kesan terhadap perokok tegar.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), sebanyak 10,000 penduduk di Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat merokok.

 

Persepsi Masyarakat Apabila Harga Rokok Dinaikkan?

Apabila dikhabarkan harga rokok akan naik, sebilangan rakyat Malaysia menyokong jika harga rokok dinaikkan bagi mengelak lebih ramai individu menghisap rokok.

Namun begitu, sesetengah daripadanya pula seperti tidak kisah jika harga rokok dinaikkan kerana katanya, ia tidak akan menjejaskan perokok tegar untuk tidak membeli rokok.

Malah ada di antara mereka berkata bahawa jika harga rokok dinaikkan, perokok tegar pastinya tidak heran dengan kadar kenaikan tersebut walaupun harganya naik sehingga mencecah RM50 kerana mereka akan membeli rokok seludup yang menawarkan harga sebanyak RM6.50.

 

Isytihar Kawasan Larangan Merokok di Semua Restoran Terbuka

Kerajaan baru-baru ini telah mencadangkan untuk mengisytiharkan perintah larangan merokok di semua restoran terbuka seluruh negara.

Cadangan tersebut sangat dialu-alukan kerana secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesan kepada ‘second smoker’ terdedah dengan asap rokok ini.
Jika dilihat di kedai mamak misalnya, cukup ramai individu merokok secara terbuka tanpa menghiraukan individu di sekeliling.

Ramai individu kerap berada di dalam situasti di mana si perokok tegar ini merokok di tempat awam walhal di kawasan itu terdapat seisi keluarga yang sedang menikmati juadah mereka bersama anak kecil.

Dalam situasi seperti ini, adakah si perokok tegar ini tidak berasa bersalah apabila mereka merokok di kawasan yang terdapatnya kanak-kanak walaupun mereka tahu bahawa asap rokok itu sememangnya memberi kesan buruk kepada sesiapa yang menghidunya?

 

Peranan Sebagai Masyarakat?

Sebagai masyarakat yang prihatin, apabila kerajaan sudah mengeluarkan atau meletakkan notis larangan merokok di sesuatu tempat, arahan yang dikeluarkan itu perlu ditepati.

Jika mahu merokok sekalipun, si perokok tegar ini perlu lihat kawasan sekeliling terlebih dahulu.

Mungkin satu hari nanti apabila kerajaan sudah mengeluarkan arahan berkenaan, kerajaan boleh membuka satu platform baru di media sosial supaya orang ramai yang terlihat mana-mana individu merokok yang mengingkari arahan berkenaan, perlulah diambil tindakan.

 

Cara Berkesan?

Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa atau kementerian kesihatan jika terdapat individu yang merokok di tempat yang sudah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok walaupun kerajaan sudah menyediakan notis atau pelekat premis larangan merokok atau vape.

Ada juga yang mengatakan jika pelekat ditampal atau saman dikeluarkan sekalipun, si perokok tegar ini pasti tidak akan mengendahkan arahan kerana beranggapan tahap penguatkuasaan terhadap undang-undang ini masih lemah.

Seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama hfh_husnafz berkata, jika kerajaan hanya mengeluarkan cadangan tetapi strategi penguatkuasaan terhadap cadangan itu masih lemah, si perokok tegar ini akan mudah ‘makan saman’ jikalau kerajaan hanya membuat cadangan tanpa tindakan tegas.

Bukan itu saja, pemilik restoran juga perlu mengikut arahan dengan tidak menjual rokok kerana ianya akan menarik lebih ramai individu membeli rokok di restoran lalu merokok di kawasan itu.

 

Kesan Buruk Akibat Merokok?

Sumber: USA Today

Bukan hanya pada si perokok tegar, orang yang menghidu asap rokok juga berkemungkinan besar akan turut mengalami risiko tinggi hasil daripada menyedut asap yang dilepaskan oleh perokok tegar.

Golongan wanita dan kanak-kanak antara golongan yang paling ramai menderita akibat asap rokok yang tersebar di sekeliling mereka.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kanak-kanak sering mendapat penyakit seperti mengalami jangkitan telinga, lelah, jangkitan paru-paru.

Malah bagi golongan wanita pula, asap rokok boleh menjejaskan kandungannya kerana mereka secara tidak rasmi mendapat nikotin dan bahan kimia bertoksik dengan cara sama seperti si perokok.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah wajar untuk rokok diharamkan di Malaysia?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN