Sehingga kini, walaupun bermacam-macam cara sudah dilakukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk mengutip balik hutang daripada peminjam, namun isu tersebut dilihat masih lagi tiada jalan penyelesaiannnya.

Walaupun pelbagai polisi untuk mengutip balik hutang berkenaan diperkenal, masih ada lagi peminjam yang sudah pun mendapat pekerjaan dilihat liat untuk membuat pembayaran balik.

Bagi mereka yang masih lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap, penangguhan bayaran PTPTN mungkin boleh dipertimbangkan namun bagi mereka yang sudah bekerja, tidak ada alasan peminjam untuk tidak membayar balik wang yang telah mereka pinjamkan itu.

Sumber: Duit Kertas

Perbuatan segelintir golongan yang ingkar ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa memikirkan langkah lain untuk mendapatkan kembali wang PTPTN hingga terpaksa menjalankan pelbagai langkah drastik termasuk menyenarai hitamkan nama si peminjam ke Jabatan Imigresen dan dihalang untuk ke luar negara.

Namun kini, tindakan menyenarai hitamkan itu bagaimanapun telah ditarik semula oleh kerajaan di mana si peminjam yang masih lagi berhutang kini bebas untuk ke luar negara walaupun mereka masih belum menjelaskan hutang pendidikan mereka.

Selain dari membuat penangguhan dan juga pegecualian bayaran, kerajaan kini akan melaksana satu lagi kaedah baru di mana potongan gaji peminjam yang berpendapatan RM2,000 akan bermula 1 Januari 2019.

Sumber: Berita Harian

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melihat perkara tersebut sebagai langkah terbaik yang ditawarkan kerajaan memandangkan potongan gaji itu boleh dilakukan serendah RM40.

 

Mengapa Kerajaan Bertindak Sedemikian?

Apabila bercakap isu PTPTN, pasti ada sahaja pihak yang dilihat cuba mempolitikkan isu tersebut di mana sebelum ini, kerajaan PH sendiri dilihat komited untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.

Sumber: Says.com

Malah, pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, apabila kerajaan PH mengambil alih kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia dilihat menyambut baik janji manifesto tersebut dengan sorakan.

Namun, sehingga kini, apa yang dijanjikan PH dalam manifesto itu dilihat amat mustahil sekali untuk dicapai memandangkan negara kini terpaksa berdepan dengan kewangan negara yang tidak stabil yang mana ia akan menyukarkan kerajaan untuk terus membiayai pengajian kepada generasi akan datang.

Jika sebelum ini, ada peminjam yang komited untuk membuat potongan gaji sebanyak RM350 sebulan mengikut kemampuan atau bayaran secara ansuran walau nilainya kecil.

Sumber: Free Malaysia Today

Mungkin dengan pelaksanaan terbaru ini, potongan gaji berjadual serendah RM40 sebulan itu dilihat mampu menarik komitmen menyeluruh peminjam untuk membayar balik hutang mereka apabila melihat kepada nilai potongan rendah yang ditawarkan oleh kerajaan itu.

 

Gaji RM4,000 Juga Dilihat Sukar Untuk Membayar Hutang

Dalam perkara ini, tidak kisah individu itu bergaji dalam lingkungan RM1,000 hingga RM4,000 sekalipun, jika sikap tidak jujur itu terus diamalkan oleh peminjam, ia bakal mengheret negara untuk terus menanggung hutang yang tinggi.

Sumber: ProjekMM

Malah, sebelum ini juga, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri membidas sikap tidak jujur peminjam yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang tekumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.

Dr Mahathir turut sama menyatakan bahawa beliau sendiri berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu.

Bagi peminjam yang sudah berjaya, mereka perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri dengan tidak melakukan pembayaran balik hutang PTPTN itu.

Memang ramai yang beranggapan bahawa kerajaan dilihat telah menipu golongan muda dengan membuat manifesto untuk menangguhkan bayaran PTPTN lagi mereka tidak bergaji RM4,000.

Namun, golongan muda pada hari ini dinasihat untuk tidak terlalu mengharap akan kesemua janji yang terkandung di dalam manifesto tersebut yang mana ianya hanyalah janji politik semata-mata.

Dengan situasi sebegini, untuk berlaku adil kepada semua, para peminjam perlu menerima hakikat bahawa pinjaman PTPTN semestinya tidak boleh ditangguh di mana hutang wajib dibayar demi kesejahteraan semua pihak.

 

Mampukah Mereka Untuk Bayar?

Namun yang menjadi kegusaran atau persoalan sehingga adakah pendapatan mereka ini cukup untuk membayar semula hutang tersebut dengan kos sara hidup yang tinggi terutama bagi mereka yang menetap di bandar?

Dengan gaji RM2000 , kebanyakkan mereka diyakini masih tidak mampu lagi untuk membayarnya. Bayangkan hanya berpendapatan RM2000 sebulan mereka perlu membayar rumah sewa, kereta , utiliti (air dan api), petrol, perbelanjaan harian (makan, minum), bil telefon, beri kepada ibu bapa dan lain-lain lagi. RM2000 itu juga selepas ditolak EPF dan Socso mungkin lebih kurang RM1800.

Cuba kira secara kasar duit kereta (RM500) , rumah sewa (RM400), api dan air (RM50), petrol sebulan (200), bagi ibu dan ayah (RM 200), bil telefon (RM50), perbelanjaan makan dan minum (RM200 sebulan jika sehari RM20 untuk makan siang dan malam) . Total perbelanjaan mereka sebulan lebih kurang RM1600 dan hanya berbaki RM200. Ini bagi mereka yang bujang tetapi bagaimana mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak?

Selepas ini kerajaan seharusnya meneliti semula pemberian pinjaman kepada pelajar supaya mereka tidak terbeban dengan hutang selepas belajar. Kerajaan juga harus mencari jalan penyelesaian agar setiap anak-anak di Malaysia dapat pendidikan percuma seperti negara-negara maju seperti Swedan, Germany, United Kingdom dan banyak lagi. Pendidikan adalah hak setiap anak-anak!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah langkah pemotongan gaji sebanyak RM40 yang akan dikuatkuasa tahun depan kepada peminjam dilihat bakal mengurangkan beban hutang negara yang tinggi?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN