Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila jirannya suka datang kerumah dan meminjam barang-barang dapur untuk tujuan masakan seperti garam, kunyit, tepung dan sebagainya.

Tindakan jiran tersebut mengundang rasa tidak puas hati ahli keluarganya kerana seperti mengambil kesempatan keatas kebaikan ibu mereka.

Jika dilihat dari gaya hidup jirannya itu, dia bukanlah orang yang kurang berkemampuan. Rumahnya saja dihiasi dengan perabot-perabot mewah dan pemakaiannya jelas menunjukkan orang yang berduit. Namun mengapakah orang seperti ini sering mengambil kesempatan dan meminta-meminta seperti orang susah? Jika sekali dua tidak mengapa, namun sudah berkali-kali.

Walaupun pernah berhenti meminjam kerana terasa dengan status si pengadu di laman sosial, namun ia tidak lama dan dilakukan lagi sikap suka meminjam itu.

 

Jiran Suka Mengambil Kesempatan

Tidak dinafikan, dalam hidup berjiran kita disuruh untuk bersikap ramah dan prihatin terhadap jiran kita. Malah sekiranya jiran mahukan pertolongan kita sewajarnya digalakkan untuk meghulurkan bantuan. Namun begitu, masih wujud jenis-jenis jiran yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan jiran yang lain.

Bukan sahaja ada yang suka meminjam barang-barang masak, malah ada yang menjadikan jiran mereka seperti pemandu peribadi, dan suka melepak terlalu lama di rumah jiran sehinggakan apa yang dimasak untuk keluarga turut dijamah sekali walaupun tidak dijemput.

Pelbagai ragam kehidupan berjiran boleh kita lihat, dalam buruknya sikap sesetengah jiran itu, ada baiknya. Terutamanya bagi golongan tua yang sering bersendirian di rumah, jiranlah tempat kita meminta tolong jika ada apa-apa kecemasan berlaku.

Kerana itulah, kita disarankan menjaga hubungan baik sesama jiran. Malah mengenali jiran dengan lebih rapat dapat mengelakkan dari berlaku persengkatan dan bermasam muka.

 

Hubungan Kejiranan Yang Baik Bantu Elak Jenayah

Jenayah yang berkaitan dengan pecah masuk rumah, meragut di kawasan perumahan dan penculikan kanak-kanak semakin meningkat dan berada di tahap yang menakutkan.

Sehinggakan rata-rata penduduk dan ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka untuk bermain di kawasan rumah kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Apabila mempunyai hubungan yang baik dengan jiran-jiran, persatuan rukun tetangga  akan dibina dan dijalankan sebagai salah satu cara untuk mengelak kejadian jenayah dan sosial daripada berlaku di sesebuah kawasan perumahan.

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda,patutkah jiran yang suka meminjam ni di layan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN