Sejak kebelakngan ini, seluruh kawasan semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak melalui fasa hujan ribut petir yang tidak tentu waktu dan masanya.

Jika sebelum ini, ramai yang khuatir dengan amaran serangan strok haba ekoran suhu yang meningkat namun sekarang kebanyakan orang ramai khuatir akan serangan ribut petir yang telah mengakibatkan beberapa kerosakan dan meletakkan nyawa pengguna jalan raya di tahap yang merbahaya.

Baru-baru, di Bandar Sri Permaisuri Cheras sebuah pokok besar tumbang dan menghimpap sebuah kereta Myvi yang sedang lalu dikawasan tersebut ketika hujan lebat.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas ekoran pokok yang bukan sahaja memerangkap kenderaan yang terhimpap malahan kenderaan-kenderaan lain yang tidak boleh menggunakan jalan tersebut buat seketika.

 

Fenomena Alam, Tanda Allah Murka

Ramai yang mengaitkan fenomena alam yang berlaku sejak baru-baru ini sebagai tanda Allah sedang murka dengan pelbagai karenah dan ragam manusia zaman sekarang.

Dengan isu LGBT dan pelbagai lagi masalah sosial yang makin berleluasa di Malaysia mahupun luar negara.

Lihat saja baru-baru ini, fenomena belalai air yang melanda Pulau Pinang sehinggakan habis berterbangan zink-zink ke merata tempat.

Ramai yang mengeluh dan meluahkan rasa kekesalan mereka kerana menghadapi kesukaran menjalani hari-hari mereka. Berlaku banjir di kawasan-kawasan utama yang menjadi keutamaan orang-orang bekerja seperti yang berlaku di Setiawangsa.

Selain itu juga, banyak pokok-pokok yang tumbang dan meletakkan tahap keselamatan pengguna jalan raya terutamanya yang menggunakan motosikal di tahap yang bahaya.

Wajarkah kita kaitkan setiap perkara yang berlaku itu merupakan tanda Allah sedang murka terhadap kita? Tuduhan yang paling menyedihkan apabila tsunami dan gempa yang melanda Palu, Indonesia dikatakan kerana kegiatan LGBT yang semakin menular dan diterima orang ramai.

Namun begitu, janganlah kita berburuk sangka dengan ketentuan yang berlaku. Bagi sesetengah kawasan seperti di Negeri Sembilan, hujan yang diturun di negeri tersebut berada di bawah tahap purata. 

Dari perspektif mereka pula, hujan merupakan rahmat bagi tanaman dan menyejukkan cuaca yang panas dan berada di suhu yang tinggi.

Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena-fenomena ini merupakan kesan daripada peralihan angin monsoon yang dijangka akan berterusan sehingga penghujung bulan Mei 2019.

 

 

Langkah-langkah Keselamatan

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, beberapa langkah boleh dilakukan oleh orang ramai apabila cuaca berubah menjadi teruk ialah dengan berhenti dimana-mana tempat yang selamat seperti berlindung di dalam banggunan ataupun tempat-tempat berehat awam.

Selain itu, ramai orang yang bekerja pejabat menghadapi kesukaran untuk sampai ke pejabat dek kerana kesesakan lalu lintas ekoran hujan lebat yang menyukarkan pemanduan kereta mahupun motor. Jadi dinasihatkan anda untuk rancang perjalanan untuk keluar lebih awal bagi mengelak sebarang kesulitan.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN