Kalau bercerita tentang rumah salji, apa yang terlintas dalam fikiran kita ialah i-City di Shah Alam. Tanya sahaja masyarakat Lembah Klang, sudah pasti mengetahui i-City. Bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang mungkin sukar untuk merasainya memandangkan faktor lokasi yang jauh ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang merencatkan lagi peluang untuk ke sana.

Bermula Dari Idea

Tetapi tahukah anda, sebenarnya rumah salji kini boleh dirasai di Rembau. Idea tersebut telah direalisasikan oleh Mohd Khairul Azman Mustakim, 31 seorang anak jati kelahiran Rembau setelah terlibat dengan perusahaan sejuk beku. Dengan modal RM20,000, beliau berjaya menghasilkan rumah salji berkonsepkan ruang penyimpanan makanan sejuk beku dalam masa tiga minggu sahaja.

Sumber: Bernama

Dibuat di kawasan kampung, ia merupakan sesuatu yang unik kerana memberi peluang kepada warga desa merasai rumah salji ala iCity di Shah Alam. Dengan bayaran sebanyak RM15 untuk kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun, ia merupakan harga berpatutan kerana dipakejkan sekali dengan sewaan baju sejut dan kasut. Sangat murah bukan.

Ada Ke Peminat Rumah Salji?

Sebenarnya ramai peminat rumah salji di Malaysia. Walaupun masyarakat kita lebih tertumpu kepada i-City di Shah Alam dan Snow World di Genting, pembukaan rumah salji di Rembau telah berjaya menjadi alternatif bagi peminat. Sejak dibuka, Rumah Salji Rembau telah menerima kehadiran lebih daripada 1,000 pengunjung setempat dan dari luar.

Memetik laporan Sinar Harian, pengunjung dari luar ada yang datang dari Putrajaya, Kuala Lumpur, malah ada juga dari negeri Johor. Ternyata rumah salji mempunyai peminatnya tersendiri sehinggakan menjadi tarikan bagi pengunjung yang datang dari jauh.

Cabaran

Memandangkan terletak di kawasan kampung, bukan mudah idea tersebut untuk direalisasikan. Lebih-lebih lagi dengan pandangan dan cara pemikiran orang kampung yang menganggap idea itu sesuatu yang aneh. Perkara ini turut dirasai Khiarul, apabila rakan-rakannya sendiri menggelakkan idea yang ingin diusahakannya.

Sumber: Sinar Harian

Selepas beliau berjaya menarik ramai peminat ke Rumah Salji Rembau, barulah rakan-rakannya mengagumi idea yang diperkenalkannya.

Memandangkan jumlah pengunjung yang semakin bertambah, Khairul bercadang untuk membesarkan lagi rumah salji kepada tiga kali ganda dengan menambah lebih banyak permainan kanak-kanak. Malah, beliau turut bercadang untuk membeli mesin khas memproses ais menjadi salji bagi memastikan salji yang dihasilkan lebih halus berbanding sekarang.

Daya Tarikan Terbaru Rembau

Dengan sambutan yang amat memberangsangkan, dijangka rumah salji ini akan menjadi daya tarikan pelancongan terbaru daerah Rembau. Ini kerana tidak semua berpeluang merasai suasana di luar negara. Dengan adanya rumah ini ia memberi peluang kepada penduduk setempat merasai suasana kesejukan seperti di negara-negara musim salji.

Sumber: Storystlak

Bagi peminat yang ingin merasai keunikan Rumah Salji Rembau, rumah ini akan beroperasi seawal jam 9 pagi hingga 6.30 petang bermula hari Selasa hingga Ahad. Malah lokasinya juga mudah untuk ditemui kerana terletak di tepi jalan. Anda hanya perlu menaip lokasi Rumah Salji Rembau di aplikasi Maps dan teruskan pemanduan mengikut arahan yang diberi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa rumah salji Rembau berjaya menarik minat pengunjung?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN