Sering kali wanita didefinisikan sebagai orang yang lemah dimana kehidupan mereka didominasi bulat-bulat oleh kaum lelaki samada suami mahupun bapa mereka.

Jika di negara-negara maju, peranan wanita sudah mula dilihat sebagai faktor pembangunan sesebuah bangsa kerana sudah terbukti wanita mampu untuk sama-sama meyumbang terhadap kemajuan negara.

Malah, wanita turut mula dilantik memegang jawatan-jawatan besar kerajaan.

Namun begitu, sejak zaman nenek moyang kita lagi, bukan sahaja didalam sejarah peradaban melayu dan Islam, malah peradaban seluruh dunia, wanita sering dimanipulasi dan dikawal oleh suami malah tidak mempunyai hak untuk bersuara walaupun ada kala mereka dilayan dengan tidak adil.

Berbeza dengan zaman sekarang,wanita lebih berani untuk bersuara dan menuntut hak mereka jika mereka dizalimi. Namun sehingga sekarang, ianya selalu disalah erti oleh kaum lelaki dan menganggap wanita tidak layak bersuara dan tidak perlu diberi layanan yang istimewa,

Mangsa

Seperti kes yang berlaku di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini. Seorang remaja wanita dikenali sebagai Nursat berusia 19 tahun di bakar hidup-hidup kerana melaporkan  kepada pihak polis tentang gangguan yang dilakukan ke atasnya oleh pengetua tempat dia belajar.

Kerana tidak mahu menarik semula tuduhan yang dibuat, pengetua tersebut mengupah beberapa orang untuk membunuh Nursat. Gadis malang tersebut yang dipujuk ke bumbung sekolah kemudiannya dibasahi dengan minyak tanah sebelum dia dibakar hidup-hidup sehingga melecur hampir 80% badannya.

 

Hebat Mana Pun Belajar, Tempat Wanita Tetap Dekat Dapur!

Sehingga ke harini ini, persepsi bahawa tempat perempuan adalah di dapur masih teguh diamalkan oleh sesetengah pasangan malahan ada ibu bapa yang menghalang anak-anak perempuan mereka melanjutkan pelajaran dan kurang menyokong sebarang kemajuan yang dilakukan oleh anak perempuan mereka.

Peluang dan ruang lebih diberikan kepada anak lelaki kerana menganggap merekalah yang akan menjadi pengubah nasib keluarga.

Sedangkan, mengikut statistik kemasukan pelajar ke universiti di Malaysia lebih ramai perempuan daripada lelaki.

Namun begitu, walaupun pencapaian pelajar perempuan ada kalanya lebih hebat dari pelajar lelaki namun mereka masih tetap menerima diskriminasi dalam mendapat kerja yang layak dengan kelulusan mereka.

 

Sampai Bila Wanita Akan Menjadi Mangsa


Sudah cukup mulut wanita dikunci rapat dan dipaksa telan setiap penderaan mahupun fizikal atau seksual tanpa bersuara.

Sudah cukup isteri-isteri diperlakukan seperti orang gaji dan dilayan seperti pengemis.

Sudah cukup anak perempuan ‘dimakan’ oleh ayah dan bapa saudara malah abang-abang sendiri.

Sudah cukup, wanita bukan tempat untuk anda dagangkan, untuk anda ‘nikmati’ sesuka hati dan bukan juga tempat untuk menzalimi dan sakiti.

Sebelum ini juga pernah tular kisah menyayat hati apabila seorang anak gadis berusia 12 tahun membuat keputusan untuk menggantung diri kerana sudah tidak tahan sering ‘dijamah’ bapa tirinya.

Ketika siasatan, diari milik gadis berkenaan diselidik dan didapati dia sering didera dan dirogol malah bapa tirinya pernah cuba membunuhnya sebelum ini namun sempat diselamatkan.

Yang menyedihkan adik-adiknya juga turut menjadi mangsa lelaki tersebut.

Membunuh diri dilihat sebagai jalan penyelesaian yang akan menghilangkan segala keperitan dan seksaan yang perlu ditanggung selama ini.

Mungkin bagi anda, ianya cuma satu nyawa, dan kita tidak mengenali pun siapa mangsa tersebut. Namun wajarkah masa depan yang cerah yang mungkin dimiliki gadis berkenaan hancur berkecai dirobek bapa tiri yang bertopengkan syaitan?

Isu gangguan seksual dikalangan ahli keluarga dan orang terdekat mungkin isu yang jarang dibincangkan, kerana rata-rata yang menjadi mangsa malu untuk mendedahkan kezaliman yang dilakukan keatas mereka.

Sungguh jijik apabila memikirkan pak cik saudara yang dianggap sebagai bapa dan pelindung sanggup menjadikan anak saudara yang masih kecil sebagai mangsa nafsu mereka.

Dan yang paling menyedihkan, pendedahan yang dibuat mangsa kepada ibu mahupun ahli keluarga sering kali tidak diendahkan ataupun tidak dipercayai kerana ingin menjaga hubungan baik keluarga dan tidak mahu berpecah belah.

Bayangkan jika ibu anda sendiri seolah-olah rela anda menjadi mangsa gangguan seksual dan memaksa anda untuk menutup mulut.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN