Hari demi hari, perilaku manusia zaman sekarang ini makin hilang dek akal!

Terbaru, dua remaja lelaki di Davao, Filipina dilaporkan telah merogol mayat seorang wanita selepas merompak kuburnya pada 29 September lalu. 

Sumber: Astro Awani

Dua remaja terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh keluarga mangsa apabila mereka menziarahi kuburnya di Tanah Perkuburan Awam Bandar Digos sehari selepas pengebumian.

Ketika itu, mereka mendapati kubur Isabel Bastatas, 84, digali semula apatah lagi dengan keadaan kedua-dua belah kaki mangsa terjulur keluar dari keranda.

Insiden tersebut menyebabkan saudara-mara mangsa percaya bahawa mayat Isabel telah diperkosa setelah ditemukan tanpa pakaian dalam selain terdapat tanda-tanda berlaku persetubuhan.

Kes tersebut bagaimanapun sedang dalam siasatan pihak polis yang mana kes tersebut disiasat atas tuduhan Nekrofilia.  

 

Apa Itu Nekrofilia?  

Necrophilia atau nekrophilia adalah satu bentuk kelakuan seksual yang menyimpang yang dicirikan oleh hasrat untuk melakukan hubungan seks dengan mayat.

Sumber: Yahoo

Seseorang yang mempunyai nekrophilia ini sangat mudah dibangkitkan oleh fantasi atau hubungan seksual sebenar dengan seseorang yang telah meninggal dunia.

Perbuatan nekrofilia ini juga boleh dianggap sebagai perbuatan merogol kerana si mati tidak boleh memberi kebenaran kepada orang lain untuk melakukan apa sahaja ke atas tubuhnya.

Disebabkan itu, seseorang yang mempunyai nekrofilia ini berasa bebas untuk meluahkan diri secara seksual tanpa berasa takut terhadap sebarang penolakan.

 

Nekrofilia Ada Dalam Pelbagai Kategori

Berdasarkan pemerhatian pakar, nekrofilia terbahagi kepada lima jenis:

Nekrofilia Biasa: Penggunaan badan si mati untuk keseronokan seksual.

Sumber: eqwnews.com

Nekrofilia Fantasi: Membayangkan fantasi atau hubungan seksual, tanpa mengira sama ada impian itu diikuti atau tidak.

Nekrofilia Homicide: Terus membayangkan fantasi seksualnya dengan melakukan pembunuhan demi mendapatkan akses secara terus ke atas mayat untuk kesenangan seksual.

Pseudonecrophilia: Insiden hubungan seks dengan mayat yang hanya berlaku sekali, tanpa sejarah kecenderungan nekrophilia sebelumnya atau kecenderungan fantasi.

Necrosadism: Keseronokan seksual yang datang dari tindakan sadisme yang dilakukan terhadap mayat, seperti pembubaran atau minum darah mayat.

 

Boleh Undang Penyakit

Selain menyimpang dari norma sosial, seseorang yang melakukan hubungan seks bersama mayat juga sebenarnya boleh membahayakan dirinya sendiri dan membawa maut!

Terdapat risiko jangkitan penyakit kronik melalui hubungan secara langsung dengan mayat yang tidak dikenali.

Gambar sekadar hiasan

Potensi besar untuk individu ini menghidap penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, penyakit usus, tuberculosis, kolera dan lain-lain juga adalah tinggi.

Mujur kes ini tidak berlaku di dalam negara kita. Apa-apa pun, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, janganlah kita melakukan perbuatan jijik sebegini kerana ia sama sekali dilaknat tuhan!

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN