Masalah sosial antara anak-anak muda kita yang masih dibangku sekolah merupakan isu yang semakin menular hari demi hari.

Walau apa juga usaha yang dilakukan oleh ibu bapa mahupun pihak sekolah untuk membanteras isu-isu sosial dikalangan remaja, namun dengan kesan peredaran zaman sekarang menjadikan ianya lebih sukar untuk mengawal mereka.

Jika anda lihat saja dimana-mana, pasti ada sahaja isu begini timbul. Siapa yang boleh kita salahkan? Ibu bapa? Atau anak remaja itu sendiri.

Jika dilihat masa depan anak-anak muda ini, ianya sungguh membimbangkan.

Dengan zaman yang semakin maju, semua orang perlu bersaing bagi memastikan mereka mampu untuk hidup kelak.

Namun jika anak-anak kita sekarang semakin alpa dengan keseronokan yang sementara, apa yang boleh kita lakukan?

Sumber : Harian Metro

Terbaru, sekumpulan remaja dan sebahagian daripadanya dipercayai akan mengambil peperiksaan PT3 tahun ini ditangkap oleh pihak berkuasa ketika sedang seronok berparti di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Ketika serbuan, pihak polis turut menjumpai pelbagai jenis dadah disyaki Ketamin, pil Ecstasy, Erimin 5, air ketum dan ganja. Enam dari keseluruhan 22 orang remaja yang ditahan disahkan positif dadah.

Selain itu, terdapat satu lagi kes pengambilan dadah dikalangan remaja yang berlaku di Keningau, Sabah dan kedua-dua suspek yang ditahan dipercayai adik beradik.

Mereka berdua merupakan antara sebelas suspek yang dicari polis kerana dipercayai sudah lama melakukan aktiviti ini di kawasan tersebut.

 

Salah Siapa?

Apabila kita bercakap tentang masalah-masalah yang dilakukan oleh anak-anak ini, pasti ramai yang akan menunding jari ke arah ibu bapa mereka secara membuta tuli.

Yakinkah anda setiap kerosakan yang berlaku pada anak-anak berpunca dari ibu bapa mereka? Dengan aktiviti anak-anak yang terlalu bebas sekarang menjadikan sangat sukar untuk ibu bapa mengawal anak-anak mereka.

Cara mendidik anak-anak zaman sekarang sangatlah berbeza dengan zaman dahulu.

Jika dahulu, ibu bapa baru jeling sikit pun anak-anak sudah tidak berani berkata apa-apa.

Namun sedihnya sekarang, pantang ibu bapa tegur sedikit pasti dibalas kasar oleh anak-anak sebagai tanda protes.

 

Ibu bapa seolah-olah menjadi takut untuk menegur anak-anak kerana risau mereka berbuat sesuatu yang bukan-bukan mahupun cuba melarikan diri.

Jika dilihat kemajuan yang berlaku disekeliling kita, pergaulan anak-anak muda yang terlalu bebas adalah punca utama mengapa masalah sosial dikalangan remaja semakin meningkat.

Dengan pengaruh media barat yang semakin hari seolah-olah berjaya mengawal setiap pergerakan dan tindak tanduk anak-anak kita, ramai yang tewas dengan mudah dan menjadi mangsa kejatuhan akhlak di zaman moden ini.

 

Jumlah Ketagihan Dadah Di Malaysia

Setakat 2018, mengikut statistik yang direkodkan Agensi Dadah Kebangsaan, negeri Kelantan diikuti Kedah dan Johor adalah negeri yang paling tinggi bilangan individu yang menghisap dadah.

Pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama mengapa seseorang individu boleh terjebak dengan gejala dadah dan tidak hairanlah remaja Malaysia begitu mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti begini.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN