Generasi tua sangat menitik beratkan hal berpantang selepas melahirkan. Dikatakan yang tidak mengikut pantang akan mudah diserang penyakit apabila menginjak usia.

Pelbagai pantang larang dikenakan oleh mak, nenek moyang kita seperti tidak boleh makan laksa setahun, tidak boleh berjalan banyak atau laju dan banyak lagi yang tidak tahu dari mana asal usul perkara tersebut.

Sehingga terdapat wanita yang mengalami tekanan ketika proses berpantang ini kerana dirasakan seperti dikongkong tanpa boleh berbuat apa-apa.

Namun, sejauh mana amalan berpantang yang ditekankan oleh nenek moyang kita dulu wajar dengan zaman sekarang?

Kalau dilihat kebanyakkan anak muda zaman moden ini melalui proses selepas bersalin seperti luka terkena pisau di tangan sahaja dan bebas berjalan membeli belah di pasaraya dengan muka yang disolek tebal seiinci.  

Kaum ibu moden ini hanya ‘berpantang’ betul dari segi cuti sahaja. Cuti mesti mengikut tempoh yang ditetapkan sebaliknya berpantang menjaga tubuh badan hanya sehari sahaja.   

Apa itu berpantang?

Amalan berpantang merupakan satu proses menyeluruh bagi memuliharakan kesihatan dan kewanitaan wanita.

Dipetik dari laman web theasianparent, menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang adalah sebagai penyembuhan rahim untuk pendorong hidup wanita dalam menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. 

Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.

 

Berpantang Dapat Semula Badan Lama

Peraturan dalam berpantang yang ditetapkan dalam adat Melayu dikatakan menyusahkan dan menyukarkan keadaan dengan adanya amalan ‘wajib’ seperti berurut, bertungku, bengkung, mandian herba dan memakai pilis di dahi yang mengambil tempoh masa sehingga 44 atau 60 hari pemakaiannya.

Ada yang lebih parah adalah pelbagai jenis makanan dilarang untuk dimakan kerana didakwa ‘sejuk’ dan ‘berangin’ seperti terung, timun, buah lai, nangka dan ubi kayu.

Wanita-wanita zaman dahulu ini begitu gigih mengamalkannya kerana mereka mempercayai sekiranya benar-benar mengikuti amalan berpantang tradisional ini akan mendapat semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan kecergasan, serta rupa paras yang menawan.

 Selain itu, mereka juga percaya yang sekiranya amalan berpantang ini tidak diamalkan, akan mendatangkan kesan memudaratkan kepada diri mereka.

Perkara itu juga sering dimomokkan kepada kita sehingga sudah sebati dan melekat di dalam minda.

 

Berpantang Cara Moden

Walaubagaimanapun, Profesor pakar gyneakologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Imelda Balchin berpendapat berpantang sesuai untuk zaman dulu tidak semestinya sesuai dengan zaman sekarang. 

Beliau pernah menjelaskan zaman moden ini  berbeza dengan zaman dulu terutamanya dari segi gaya hidup yang lebih moden dan pemakanan yang bermacam.

Sebagai contoh berpantang cara nenek moyang kita tidak dibenarkan untuk minum air dengan banyak. Ini kerana mungkin zaman dahulu kemudahan tandas tidak mesra ibu bersalin seperti sekarang. 

Jika dahulu boleh diibaratkan seperti berjogging penatnya ingin ke tandas kerana jauh dan perlu mencangkung pula, tetapi kini  toilet berada di dalam bilik malah boleh duduk lagi dengan selesa.

Tetapi pada hari ini kita tahu bahawa meminum air adalah baik untuk kesihatan, terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. 

Selain itu, Profesor itu turut membidas jika tujuan berpantang adalah untuk mendapatkan badan yang sihat serta bentuk badan seperti sedia kala, mengapa mesti mengamalkan amalan tersebut hanya di waktu pantang saja? Ada betulnya apa yang dikatakan.

 

Berpantang Untuk Orang Berada?

Dr Imelda juga menyifatkan tradisi ‘berpantang’ ini sebenarnya merupakan satu kemewahan untuk orang-orang yang berada kerana bukan semua orang berkehidupan mewah.

Bayangkan perlu mengupah untuk mengurut paling kurang tiga hari. Berapa kos yang diperlukan? Belum  lagi dengan perkara-perkara lain.  

Terutama zaman sekarang ini, telah disediakan perkhidmatan berpantang yang memakan kos ribuan ringgit mengikut tempoh yang diinginkan.

Ingin berpantang boleh, tetapi biarlah berpada dan mengukur di badan sendiri.

 

Adakah Sakit Jika tidak berpantang?  

Amalan pantang secara amnya adalah mengenai tradisi. Menurut pakar BabyCenter, Jennifer Hor, pantang atau tidak, bukan penentu anda sakit atau tidak apabila tua kelak.

Katanya, masih belum ada kajian yang membuktikan ibu yang tidak berpantang akan sakit apabila tua. Sedangkan terdapat banyak budaya yang tidak menuntut amalan berpantang, tapi tiada pula laporan menunjukkan wanita mereka lebih berpenyakit. 

Pantang seharusnya mengikut apa yang baik untuk badan kita. Makan untuk keperluan kita dan bayi, dan pastikan kita cukup rehat.

GAMBAR 4

Tidak salah jika  enggan berpantang seperti orang dulu-dulu, namun pastikan mendapat rehat yang mencukupi.

Apa yang penting, dapatkanlah bantuan dan sokongan seperti ahli keluarga atau seseorang yang diupah supaya anda stabil dari segi mental dan emosi. Selain itu, jangan lupa mengambil makanan yang sihat dan bernutrisi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Relevankah Berpantang di Zaman Moden?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN