Isu sekolah vernakular sering didebat mengenai keperluannya. Ada yang merasakan bahawa sekolah venakular kini tidak diperlukan. Dengan kemunculan isu mengenai pengiktirafan UEC, keperluan sekolah vernakular dan juga sekolah swasta telah dipersoalkan. Adakah sekolah vernakular begitu relevan untuk masyarakat Malaysia kita?

 

Sumber: Tofu Kicks

Sekolah Vernakular

Sekolah Vernakular didefinisikan sebagai sekolah yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar. Misalnya, sekolah vernakular cina menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar.

Begitu juga dengan sekolah vernakular lain. Sekolah vernakular sering dituduh sebagai salah satu punca perpecahan antara kaum di Malaysia. Ini kerana, sekolah vernakular dianggap telah mengasingkan kanak-kanak pelbagai kaum.

Dikatakan bahawa anak-anak kaum cina akan pergi ke sekolah cina, anak-anak kaum melayu akan ke sekolah kebangsaan dan anak-anak India akan ke sekolah tamil. Perkara ini akan memperluaskan jurang antara bangsa.

Yang juga menjadi kerisauan mengenai sekolah vernakular adalah mengenai penggunaan Bahasa Melayu. Ini kerana setiap sekolah vernakular akan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar.

Oleh demikian, penguasaan bahasa melayu oleh pelajar-pelajar vernakular dianggap atau dikatakan lemah kerana segala pembelajaran dan interaksi tidak dilakukan dalam bahasa kebangsaan.

Pernah dikatakan juga bahawa bahasa dan budaya kebangsaan harus menjadi kerangka dalam pendidikan. Hal ini dianggap tidak wujud di dalam sekolah vernakular atas dasar mengikut bahasa dan budaya vernakular tersebut. Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai martabat Bahasa Melayu.

Namun demikian, ada yang menyatakan tanggapan terhadap sekolah vernakular itu tidak benar. Misalnya mengenai isu perkauman.

Sekolah vernakular dikatakan lebih memupuk perpaduan daripada sekolah kebangsaan. Ini kerana lebih bayak ibu bapa daripada kaum melayu dan india menghantar anaknya ke sekolah vernakular. Disitu telah terbukti kepelbagaian di sekolah vernakular.

Ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah vernakular dikatakan hanya mahu anak mereka belajar di dalam persekitaran majmuk. Persoalan mengenai jurang antara bangsa dianggap tidak relevan oleh kerana persekitaran majmuk yang terdapat dalam sekolah vernakular.

Sumber: Big Cat

Oleh itu, terdapat juga tanggapan bahawa sekolah kebangsaan tidak mencerminkan kepelbagaian bangsa dan agama.

Malah Bahasa Melayu juga dikatakan sebagai medium pembelajaran. Ini kerana sekolah vernakular masih mengingkuti rangka pedidikan kebangsaan di mana Bahasa Melayu merupakan medium pembelajaran bagi majoriti mata pelajaran di sekolah.

Ibu bapa menganggap bahawa anak-anaknya dapat memperoleh pendidikan yang lebih baik di sekolah vernakular berbanding sekolah kebangsaan.

 

KATA ORANG

Gambar ini ialah gambar seorang kanak-kanak kulit hitam yang dikawal oleh 5 orang marsyal di US hanya semata-mata haknya untuk bersekolah bersama kulit putih dinafikan perkauman di sana.... thepatriots.asia/gambar-ini-per…

Bila tang UiTM, semua dok berebut. Bila tang sekolah vernakular, kita perlu pertahankan keunikan. twitter.com/bharianmy/stat…

2 kali pegi interview SPA. First failed sebab aku terhempas pintu and bunyi gedegang kuat. Penemuduga tu tercengang. Lol pastu tak dapat. 2nd time pegi interview alhamdulillah penemuduga sempoi gila. Tak tanya banyak just tanya pendapat aku mengenai sekolah vernakular twitter.com/maukerjamy/sta…

KATA ANDA

Apa kata korang? Adakah sekolah vernakular relevan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN