Baru-baru ini, tular di laman media sosial tentang tindakan satu pihak yang mengedarkan kitab Bible atau Injil kepada para pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Ekoran isu ini, media tempatan melaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat dakwaan itu.

Walau bagaimanapun, aktiviti pengedaran kitab Bible itu hingga kini masih menimbulkan tanda tanya mengenai motif sebenar pengedaran kitab itu yang mana ia turut diagihkan kepada pelajar Melayu.

Difahamkan juga, kitab Bible yang berbentuk seperti kamus itu diedarkan kepada pelajar selepas tamat sesi persekolahan.

Isu tersebut sehingga kini menjadi perbualan masyarakat yang mempertikaikan motif sebenar tindakan pengedaran kitab Bible itu yang dilihat sebagai tindakan kurang bijak kerana sengaja mencetuskan ketidakharmonian antara agama di negeri tersebut.

 

Apa Motif Sebenar Edar Bible di Kawasan Sekolah

Sumber: Utusan Online

Walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama, tindakan mengedarkan kitab Bible di kawasan sekolah adalah tidak wajar.

Dalam kes itu, difahamkan pengedaran kitab Bible bukan dilakukan atas arahan pihak gereja tetapi ianya dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam kes ini, apa sebenarnya motif individu tersebut mengedarkan kitab Bible kepada pelajar sekolah yang beragama Islam?

Adakah disebabkan mereka pelajar sekolah, pihak luar dilihat mudah mengambil kesempatan ke atas diri mereka dengan mengedarkan kitab tersebut?

Atau tindakan tersebut sebenarnya sengaja dilakukan untuk mencabar pihak berkuasa dan mahu menguji sejauh mana kerajaan akan bertindak apabila sesuatu perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan atau berkaitan agama Islam dicabar?

Sumber: Lobak Merah

Tidakkah mereka tahu bahawa Islam adalah agama rasmi Pulau Pinang sebagaimana tertakluk di dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Sebarang usaha untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama adalah tidak wajar dilakukan.

 

Edar Bible Bukan Kesalahan Jenayah

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) , Datuk Abdul Malik Kassim , perbuatan berkenaan bukan kesalahan jenayah.

Malah, melalui rakaman percakapan polis bersama suspek, mereka beranggapan bahawa pengedaran Bible tidak menjadi satu kesalahan kerana sebelum ini pernah membuat edaran di beberapa hotel, klinik dan juga hospital.

 

Edar Kitab Bible Boleh Gugat Sensitiviti Agama Islam

Sumber: Berita Harian

Ada sesetengah pihak mengatakan tidak salah sekiranya orang Melayu mahu tahu isi ajaran agama lain selain Islam yang diiktiraf dalam perlembagaan jika ia sekadar untuk menambah pengetahuan.

Agama lain juga tidak salah untuk menyebarkan fahaman mereka tetapi ianya perlu dilakukan dengan cara yang betul kerana tidak semua orang menganggap tindakan tersebut sebagai satu tindakan normal.

Mana tidaknya, jika mahu sebarkan fahaman Kristian, mengapa mereka tidak mengedarkan kitab tersebut ke kawasan yang berdekatan dengan gereja dan mengapa pula ia perlu diedarkan di kawasan sekolah yang mempunyai pelajar yang berlatarkan pelbagai agama dan kaum.

Semua pihak perlu faham Artikel 11 (4) bahawa agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam.

Sumber: Berita Harian

Dalam isu ini, kerajaan mungkin perlu mempergiatkan usaha pemahaman semua pihak supaya mereka memahami isi kandungan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Melihat kepada Malaysia Baharu yang baru dikecapi, rata-rata semua pihak dilihat mahu kerajaan beri kebebasan selain menjamin hak semua kaum.

Namun, maksud kebebasan itu sendiri perlu difahami secara mendalam oleh semua kaum kerana tidak semua kebebasan akan diberi sewenang-wenangnya hingga menggugat apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sejak dulu hingga kini, banyak individu luar dilihat cuba untuk mengugat orang Melayu serta agama Islam itu sendiri namun mereka perlu ingat, setiap kaum di Malaysia ini dilindungi di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara.

Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Negara dan memahami isu kandungannya di mana agama lain masih bebas diamalkan asalkan ia tidak menimbulkan sebarang masalah serta ketegangan kaum dan agama.

 

Kerajaan Ambil Tindakan Siasat

Setakat ini, polis merekodkan 29 rakaman percakapan berhubung kes tersebut. Polis memanggil enam suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita untuk direkodkan keterangan mereka sahaja.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar individu mengedarkan kitab Bible di kawasan sekolah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN