Melihat kepada isu rasuah yang kian menjadi-jadi di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menjadikan mata pelajaran rasuah sebagai subjek wajib di sekolah.

Sumber: Berita Harian

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, gejala rasuah perlu diterap dalam diri pelajar sekolah di peringkat awal bagi mengelak gejala tersebut merebak dalam kalangan mereka apabila menjadi dewasa kelak.

Selepas pengesyoran itu dibuat, Kementerian Pendidikan hari ini meluluskan cadangan pelaksanaan tersebut di mana kementerian akan memperkenalkan elemen anti rasuah dalam mata pelajaran sivik bermula pertengahan tahun depan.

Sumber: Berita Harian

Pengumaman tersebut dibuat sendiri oleh Menterinya, Dr Maszlee Malik yang mahu elemen anti rasuah diselit ke dalam mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah rendah selain mahu memperkenalkan di peringkat prasekolah tetapi dalam bentuk penerapan nilai murni.

Tambah beliau, berkenaan sama ada mahu menjadikan subjek tersebut sebagai subjek wajib, pihak kementerian akan mengkaji mata pelajaran itu sama ada ia mahu dijadikan sebagai subjek wajib lulus atau subjek yang wajib untuk dipelajari.

Bagaimanapun, pelaksaan yang mahu dilakukan kerajaan itu dilihat mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen di media sosial dengan ada yang menyokong tindakan kerajaan bagi mengurangkan gejala rasuah di dalam negara malah tidak kurang juga ada yang membantah pensyoran pelaksanaan itu.

 

Apa Keperluan Elemen Rasuah Diselit Dalam Mata Pelajaran Sivik

Sumber: Sekali Bicara

Rasuah merupakan satu penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu bahkan kepada masyarakat dan negara.

Mana-mana individu tidak kira yang tua mahupun muda atau yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta, dilihat mempunyai risiko terpalit dengan rasuah sama ada secara diam-diam mahupun secara terang-terangan.

Sumber: mStar

Walaupun isu rasuah sering diperhebohkan kepada masyarakat agar menjauhinya namun perbuatan rasuah sehingga kini dilihat masih sukar untuk dibanteras sepenuhnya.

Melihat kepada permasalahan itu, SPRM memilih alternatif baru dengan mengesyorkan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan elemen rasuah di dalam mata pelajaran di sekolah sebagai cara mendidik pelajar mengetahui kesan buruk kegiatan rasuah itu sendiri.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa gejala rasuah hanya akan berlaku di sektor awam dan swasta sahaja namun sebenarnya, gejala tersebut juga boleh merebak di peringkat sekolah yang turut membabitkan pelajar dan guru.

Hal itu berikutan, terdapat kes yang membabitkan guru yang dilihat sering meminta habuan berbentuk seks kepada pelajar mereka hanya untuk lulus di dalam peperiksaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kes di mana pelajar sanggup memberi wang kepada guru bagi membolehkan mereka memegang jawatan tinggi di dalam kelas mahupun jawatan di dalam aktiviti kokurikulum seperti jawatan ketua kelas dan ketua pengawas sekolah.

Dengan cara menyelitkan elemen anti rasuah di dalam sistem pendidikan negara yang bermula dari peringkat tadika hingga ke peringkat menengah, Malaysia pasti dapat membentuk masyarakat yang bijak menjauhi gejala rasuah dalam usaha mengurangkan kes rasuah yang dilihat semakin membimbangkan.

 

Sejauh Mana Rasuah Beri Kesan Pada Individu, Masyarakat dan Negara

Sumber: Free Malaysia Today

Rasuah bukan sahaja memusnahkan sesebuah negara dan bangsa malah ia boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi akibat ramai pelabur asing hilang minat untuk terus melabur di negara yang dikatakan mengalami gejala rasuah yang teruk.

Selain itu, rasuah boleh mengakibatkan ketirisan khazanah negara disebabkan pengubahan wang secara haram yang berlaku di negara-negara miskin atau kurang membangun.

Tetapi dalam hal ini, Malaysia bukanlah negara miskin malah sedang pesat membangun namun masih ada beberapa ahli politik yang dikatakan terpalit dengan isu pengubahan wang haram hingga terpaksa naik turun mahkamah bagi membicarakan kes tersebut.

Jangan terkejut, isu rasuah juga turut sama menyebabkan beberapa pemimpin politik dijatuhkan lalu diganti dengan yang baru.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan menerapkan elemen anti rasuah dalam mata pelajaran sivik di sekolah dalam usaha mengurangkan gejala rasuah dalam negara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN