Jumaat lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendedahkan bahawa aliran Sains dan Sastera di peringkat sekolah menengah di seluruh Malaysia bakal digabungkan.

Katanya, menerusi kurikulum baharu yang akan dilaksanakan itu, kepentingan Sains dan Sastera akan diberikan penekanan dan tidak boleh diasingkan, sebaliknya perlu disatukan.

Sumber: Malay Mail

Tambah beliau, idea dan usaha tersebut dicadangkan oleh Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan sebagai cadangan penambahbaikan sistem persekolahan di Malaysia.

Namun, persoalannya di sini, adakah idea ini akan menambah baik sistem pendidikan di Malaysia kepada yang lebih baik atau seeloknya dipisahkan sahaja?

 

Mahu Tambah Baik Sistem Pendidikan Di Malaysia

Sumber: http://spmunshi.blogspot.com

Melihat kepada sistem pembelajaran di Malaysia, apabila murid itu sudah melepasti peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kebanyakan dari mereka akan diberi pilihan untuk memilih aliran yang mahu diambil sama ada sastera mahupun sains untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 4.

Namun, hanya mereka yang terpilih dan mencapai keputusan cemerlang sahaja akan ditawarkan ke aliran Sains berbanding dengan pelajar yang mempunyai keputusan sederhana yang kemudiannya perlu mengambil aliran Sastera.

Bagaimanapun, timbul isu yang mana ada pelajar di aliran Sains lebih selesa dan mempunyai minat mendalam terhadap subjek Kesusasteraan.

Dan perkara sama turut dilalui pelajar di aliran Sastera dan Kesenian yang mana mereka juga mempunyai minat terhadap subjek Sains.

Mungkin apabila kedua-dua aliran ini digabungkan, ia dapat memberi peluang yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengikut aliran.

Akan tetapi, sekiranya digabungkan ianya dikhuatiri bakal memberi tekanan memandangkan akan bertambahnya subjek serta faktor ‘kebolehbawaan’ pelajar itu sendiri.

Sumber: Astro Awani

Memang bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan, perkara itu tidak menjadi masalah bagi mereka. Tetapi, bagaimana pula akan nasib pelajar yang sedikit lemah.

Adakah mereka mampu untuk mengambil mata pelajaran yang ‘berat’ ini?

 

Perlu Kaji Pandangan Semua Pihak

Sumber: BumBumCak.my

Biarpun usaha ini dilihat mampu membawa sistem pendidikan ke arah yang lebih baik namun ada baiknya ia mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak berkepentingan yang lain.

Apa yang pasti, apa sahaja keputusan yang dibuat itu bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada mereka minat atau tidak untuk memasuki sesuatu aliran tersebut.

Sumber: Astro Awani

Memang tidak dinafikan, tahap kepintaran setiap pelajar itu berbeza, namun sekiranya ia mendatangkan banyak kebaikan dan menjadikan sistem pendidikan itu lebih mantap lagi, tidak salah sekiranya kita mencuba.

Sama seperti di negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan juga Britain, walaupun pelajar mereka mengambil aliran muzik sekalipun, mereka tetap boleh memilih kerjaya seperti kedoktoran mahupun kejuruteraan selepas tamat belajar hasil daripada gabungan kedua-dua aliran ini.

Jadi, adakah Malaysia sudah bersedia?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan menggabungkan aliran sains dan sastera ini dapat memantapkan lagi sistem pendidikan negara?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN