Senario beberapa pemimpin pembangkang yang lompat parti kebelakangan ini bukan sahaja menimbulkan keresahan banyak pihak terutama dari Pakatan Harapan (PH) itu sendiri.

Namun, tindakan itu juga dilihat memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang mana mereka telah kehilangan beberapa ahlinya disebabkan ramai membuat keputusan untuk lompat parti hingga mencetuskan kemarahan sesama ahli.

Sumber: Twitter Ahmad Maslan

Hal itu menyebabkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan membangkitkan semula isu untuk mewujudkan akta tersebut memandangkan tindakan lompat parti mencemar demokrasi, mengkhianati pengundi dan melanggar etika parti.

Sebelum ini, terdapat juga gesaan dari pelbagai pihak yang turut sama menggesa kerajaan untuk mewujudkan akta tersebut memandangkan ramai ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil keputusan keluar parti atau mengosongkan kerusi tanpa sebab kukuh.

 

Perlu Atau Tidak Akta Lompat Parti Diwujudkan

Sumber: Astro Awani

Ada yang mengatakan sekiranya akta ini tidak diwujudkan, ianya akan menimbulkan banyak masalah memandangkan tindakan lompat parti itu boleh mencemar demokrasi, mengkhianati pengundi dan melanggar etika parti.

Sekiranya akta ini diwujudkan, akta itu memperlihatkan hukuman denda yang perlu dikenakan kepada ahli Parlimen yang lompat parti.

Namun, ada pula yang berpendapat bahawa akta tersebut tidak perlu diwujudkan memandangkan mana-mana ahli politik bebas untuk berbuat demikian selain kebebasan dalam sistem demokrasi.

Sumber: Utusan

Dalam hal ini, ada yang mengatakan tindakan lompat parti itu telah mengkhianati rakyat tetapi sekiranya akta tersebut diwujudkan, ia juga dilihat berlawanan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sedang digunapakai oleh kerajaan pada masa ini.

Memang tidak dapat dinafikan tindakan lompat parti ini pastinya menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir di dalam parti itu sendiri yang telah lama memperjuangkan agenda parti mereka.

Yang pastinya, sekiranya negara kita mewujudkan akta tersebut, ia jelas memperlihatkan bahawa negara kita masih belum mencapai tahap politik yang matang untuk membolehkan ahlinya bersuara.

 

Tak Salah Lompat Parti Selagi Tidak Terbabit Dalam Rasuah Atau Jenayah

Sumber: Kosmo

Walaupun tiada undang-undang menyekat Ahli Parlimen untuk lompat parti, namun sesuatu parti politik itu boleh mengenakan syarat atau proses tapisan permohonan kepada sesiapa terutama ahli pembangkang yang ingin menyertai PH.

Dalam hal ini, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya Ahli Parlimen itu mahu melompat parti selepas didapati bersih dari sebarang rekod jenayah mahupun rasuah.

Parti politik itu sendiri mempunyai hak untuk menentukan pemimpin pembangkang yang boleh diterima masuk ke dalam parti di mana mereka perlu melalui proses tapisan yang ketat untuk memastikan mana-mana pemimpin yang lompat parti tidak mempunyai rekod kesalahan di mahkamah.

 

Kenakan 3 Syarat Untuk Pemimpin UMNO Lompat Parti

Sumber: Sinar Harian

Walaupun situasi lompat parti ini sudah dijangka sebaik PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, namun mereka tetap perlu dikenakan syarat untuk menyertai parti di dalam gabungan itu.

Hari ini, PH telah menetapkan tiga syarat bagi ahli pembangkang untuk menyertai PH di mana mereka perlu mengisytihar untuk keluar daripada parti asal terlebih dahulu.

Kedua, mereka perlu mempunyai tempoh ‘idah’ sebelum menyertai PH.

Ketiga, mana-mana ahli pembangkan yang membuat permohonan untuk lompat parti, PH akan lalukan proses tapisan terlebih dahulu dengan melihat kepada kes mereka.

Sebenarnya wajar di­ta­nya kembali kepada para pemimpin yang telah dan bakal keluar par­ti, perjua­ngan mereka de­mi rakyat atau kelangsu­ngan politik sen­­diri? Ini memandangkan mungkin su­kar untuk se­se­­ora­ng yang pernah berada di tampuk kuasa hidup dalam keadaan serba kekurangan sebagai pembangkang.

Dalam tempoh yang tidak pasti sampai bila rakyat te­rus menjadi mangsa dan ter­pinga-pinga dengan permai­nan para pe­mimpin yang dipilih serta di­berikan undi pada PRU-14.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah Akta Anti Lompat Parti Diwujudkan di Malaysia bagi mengelak wakil rakyat dan ahli-ahli dalam Umno lompat parti secara beramai-rami?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN