Pakaian merupakan perkara yang sering menjadi topik perbualan pada setiap kali majlis anugerah industri hiburan tanah air. Sama ada dalam kalangan pengacara majlis, artis-artis mahupun tetamu-tetamu kenamaan sudah pasti pakaian yang dipakai oleh mereka ditaja oleh syarikat-syarikat ternama sebagai satu bentuk publisiti.

Fesyen yang bermacam ragam, dari yang seksi, sendat, ketat mahupun pakaian-pakaian pelik turut dipaparkan bagi menonjolkan kelainan dalam acara tersebut.

Sumber: Berita Harian

Pengacara Tidak Menjaga Sensitiviti?

Pun begitu, disebalik kemeriahan majlis yang berlangsung, ada perkara sensitif yang tidak diambil kira. Contoh yang paling mudah ialah pemakaian pengacara wanita yang agak tidak sopan tatkala menemu bual kumpulan nasyid Raihan yang menerima anugerah dalam anugerah Bintang Popular Berita Harian yang-32 ahad lalu.

Perkara ini dibangkitkan oleh seorang pengguna media sosial Facebook bernama Nasir Nazri. Dalam hantaran statusnya di Facebook beliau mempersoalkan etika pemakaian pengacara majlis ketika menemubual kumpulan Raihan. Hantaran tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan warga maya.Ada yang marah, ada yang sedih dan ada juga yang berasa simpati.

Sengaja Atau Tidak?

Tidak tahu dimana silapnya. Adakah ia sesuatu yang tidak disengajakan, terlepas pandang dari tentatif program atau mungkin sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana majlis anugerah sehingga tidak terdetik rasa bersalah.

Sumber: Facebook Nasir Nazri

Sebagai kumpulan penyanyi yang berasaskan agama, sudah tentu mereka berasa canggung tatkala ditemubual oleh pengacara yang berpakaian agak tidak sopan.

Bukan sahaja kumpulan Raihan, tetapi kumpulan-kumpulan nasyid yang lain juga turut mempunyai masalah yang sama sekiranya berada dalam situasi tersebut.

Mungkin mereka tidak berkata apa-apa. Tetapi disebalik reaksi badan, setiap orang pasti faham. Dengan gaya badan yang agak kekok, pandangan yang ditundukkan ke bawah seolah-olah memberi mesej yang jelas bahawa mereka tidak selesa.

Beri Tugas Kepada Pengacara Lelaki Atau Pengacara Yang Sesuai

Disebabkan itu pentingnya wartawan atau pengacara-pengacara majlis menjaga etika pemakaian tatkala menemubual artis-artis nasyid. Sekiranya tidak mampu bertudung, biarlah fesyen pemakaian itu tidak terlalu menonjol sehingga mendatangkan kerungsingan dalam kalangan mereka.

Sumber: Harian Metro

Ada juga dalam kalangan warga maya memberi pandangan supaya pengacara lelaki digunakan bagi setiap temubual melibatkan artis nasyid.

Bukan sahaja memberikan keyakinan kepada mereka untuk ditemubual, dalam masa yang sama dapat menjaga pandangan. Ini merupakan salah satu cara bagi menghormati pendirian penyanyi nasyid.

Kalau Tak Sesuai Artis Nasyid Tak Perlu Hadir

Ada yang berpandangan majlis-majlis seumpama ini tidak sesuai dihadiri oleh artis-artis nasyid. Benar, tetapi setiap orang harus faham, kehadiran mereka atas kapasiti tetamu jemputan. Sekiranya semua artis nasyid mengelak dari menghadiri majlis seumpama ini apakah pula pandangan orang ramai terhadap artis nasyid. Tidak mahu bergaul, terlalu suci dan sebagainya.

Dengan senario yang melanda dunia hiburan hari ini, sekelumit rasa kekesalan pastinya ada. Seolah-olah dakwah yang dipraktikkan oleh mereka dalam lagu selama ini tidak mengubah apa-apa dalam kalangan masyarakat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa etika pemakaian perkara yang paling sukar diubah?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN