Mengambil kira musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan harga barangan stabil di samping menyekat kenaikan barangan keperluan sepanjang musim perayaan nanti.

Sumber:New Straits Times

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kementeriannya telah menambah enam lagi item di bawah senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk sambutan Aidilfitri, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27 item.

Tarikh kawalan harga untuk perayaan itu bermula 21 Mei hingga 19 Jun ini.

Antara Barangan Yang Disenaraikan Ialah:

* Ayam hidup; ayam standard; ayam super

* Telur ayam gred A, B dan C

* Daging lembu tempatan; daging lembu import

* Cili kering; tomato; kacang panjang; kacang tanah; kelapa biji; kelapa parut; serta beberapa jenis bawang.

Bekalan Makanan Cukup

Sumber:Free Malaysia Today

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerjasama MOA dan KPDNHEP bertujuan untuk memastikan bekalan dan bahan-bahan makanan utama mencukupi sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, dengan peruntukan daging lembu dan kerbau sebanyak 24,000 metrik tan, ayam sebanyak 142,000 metrik tan, telur ayam sebanyak 800,000,000 biji, ikan segar beku atau QFish sebanyak 145 metrik tan, kubis bulat sebanyak 9200 metrik tan dan kelapa biji sebanyak 28,600,000 biji.

Sumber:Utusan

Penganjuran ini bagi memudahkan rakyat berbelanja bahan-bahan persediaan makanan pada musim perayaan dengan harga yang lebih murah.

Ia berlangsung selama lima hari sebelum Hari Raya Aidilfitri di pasar tani mega di seluruh negara.

Ini bermakna rakyat tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan menjelang musim perayaan nanti. Namun, yang merunsingkan rakyat adalah harga makanan akan meningkat kerana musim perayaan.

Peniaga Akan Naikkan Harga Makanan

Sumber:jurgenirgo.wordpress.com

Setiap kali tiba musim perayaan, tidak kira perayaan apa sekalipun, rakyat akan berdepan dengan masalah harga barangan yang melambung tinggi walaupun ada barangan dikawal oleh pihak kementerian bertanggungjawab.

Alasan yang digunakan peniaga adalah mereka pun juga mengalami kos yang tinggi, maka mereka terpaksa menaikkan harga barangan.

Mengambil kira kos pengangkutan, harga minyak, cukai dan sebagainya. Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah dihapuskan, ia tetap membebankan rakyat.

Jangan Pantau Ikut Musim

Tindakan kerajaan dibawah kementerian yang dipertanggungjawabkan diterima baik oleh rakyat. Namun, apa yang membimbangkan mereka ada segelintir peniaga akan menaikkan harga barangan mereka sesuka hati.

Sumber:Utusan

Mereka mahu pihak kerajaan turun padang dan pantau peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan terutama barangan asas.

Sudah bertahun-tahun isu harga barang ini dibangkitkan bila tiba musim perayaan, kerajaan hanya senaraikan harga kawalan beberapa jenis barang sahaja tetapi peniaga ambil kesempatan naikkan harga barangan yang lain dan itu tetap membebankan rakyat.

Pengguna Perlu Bijak Berbelanja

Isu kenaikan harga barangan ke­perluan asas se­tiap kali menjelang musim perayaan seolah-olah sudah menjadi satu trend setiap tahun. Malah, kenaikan harga pelbagai barangan keperluan asas sudah mula kedengaran sebelum musim bulan puasa lagi.

Teatpi rata-rata orang ramai setiap kali harga barang naik mereka menuding jari kepada KPDNHEP sedangkan itu tidak sepatutnya berlaku.

Sumber:Astro Awani

Namun mereka juga perlu mengukur baju di badan sendiri kerana pengurusan kewangan yang berhemah adalah jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan tiada sesiapa terjerat dalam isu kenaikan harga barang mahupun kenaikan taraf hidup.

Dan rasanya pengguna perlu lebih bijak dalam berbelanja setipa kali tiba musim perayaan ini.

Jangan terlampau menunding jari kepada kerajaan kerana mereka juga mempunyai kos yang terpaksa ditanggung. Sebagai contoh daging yang diimport dan sebagainya.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Isu harga barang meningkat sudah jadi trend bila tiba musim perayaan, apa tindakan kerajaan perlu ambil dalam hal ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN