Beberapa bank komersil utama telah mengenakan bayaran tambahan RM2 untuk transaksi pembayaran kad kredit dan pembiayaan di kaunter manakala RM0.50 untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM).
Rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan pihak bank yang mengenakan caj sebegitu untuk urusan mereka.
Difahamkan bayaran tambahan ini tidak ditunjukkan pada slip pembayaran, sebaliknya ia dicaj ke dalam akaun peminjam.
Isu ini nampaknya mendapat perhatian daripada bekas menteri Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim yang kesal dengan tindakan pihak bank yang mengenakan bayaran yang dilihat membebankan rakyat.
Ajak Rakyat Bantah
Rais Yatim mengajak rakyat Malaysia untuk membantah tindakan pihak bank sebagai tanda tidak bersetuju dengan mengenakan caj berkenaan.
Katanya, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.
Beliau tahu tindakan itu mencekik rakyat yang kebanyakkan bekerja sebagai guru, peneroka, nelayan dan peruncit.
Menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitternya, Rais menyatakan pihak bank sebenarnya sudah mengaut untung berbilion ringgit melalui caj sehelai cek, jadi tidak wajar caj lain dikenakan kepada rakyat di negara ini.
Rakyat Pula Tak Nak Bantah
Bagaimanapun, seruan Rais Yatim itu tidak mendapat sokongan daripada rakyat. Mereka menyatakan tidak ada guna untuk menyuarakan bantahan kalau ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM).
Mereka mencadangkan sewajarnya Rais Yatim yang sangat rapat dengan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri sekarang perlulah menyuarakan bantahan ini dan bukannya menggunakan rakyat.
Mereka mahu Rais Yatim duduk berbincang dengan pimpinan kerajaan hari ini dan menolak caj yang dikatakan membebankan rakyat ini.
“Semuanya Dihujung Jari”
Ada pula yang menyokong untuk tidak membantah adalah kerana semua perkara yang dilakukan termasuk ingin masukkan duit ke akaun lain, pembayaran kad kredit, beli belah semuanya dihujung jari sahaja.
Internet adalah satu platform kearah negara maju. Semuanya sudah ‘cashless’ atau tanpa menggunakan tunai untuk pembayaran apa-apa sahaja.
Kebanyakkan negara maju semuanya menggunakan tanpa tunai. Nak beli roti tepi jalan pun pakai internet dan hanya pindahkan ke akaun penjual. Begitu mudah dan senang jika rakyat negara ini pratikkan dengan betul.
Ada Yang Bantah Kerana Menyusahkan
Ada juga kalangan rakyat Malaysia yang membantah caj berkenaan dikenakan dan tidak semua perkara dihujung jari itu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Bagi mereka yang tinggal dibandar sudah tentu perkhidmatan internet senang dan aksesnya adalah laju. Bagaimana pula dengan orang yang tinggal di luar bandar, kadang-kadang akses internet sukar didapati dan mereka terpaksa ke bank untuk memasukkan wang ke dalam CDM atau ke kaunter.
Masih ramai yang tidak tahu menggunakan internet terutama warga emas. Setiap kali nak masukkan duit kena caj, kalau sehari lima kali transaksi dilakukan memang untunglah pihak bank.
KATA ORANG
Dulu Sewaktu jadi menteri buat apa??https://t.co/7pEon9leJE
— RameshRaoAKS****** (@RameshRaoAKS) September 23, 2019
Bank yg mengajak kita menyimpan didalam bank2 mereka & malahan meminjamkan wang2 kita kepada pihak lain dan mengenakan bunga sebagai keuntungan mereka. Kenapa perlu pihak bank nak cas kita lagi? https://t.co/dZDWQqEB5W
— Rony Finster (@RonyFinster) September 23, 2019
Alahai setakat BANTAH JER? BAIK JADI PEMBANKANGLAH RAIS...
— Cedet a/l Kuty Periasamy (@SirJ4O) September 23, 2019
Rais bantah caj bank di kaunter, CDM https://t.co/cV9ouFYzwq
Senang banyak bank2 yang dok caj guna mesin atm. Hampa bole cover instalment bulan2 bank untuk bayar dekat vendor mesin atm dengan cdm. Gila sebulan ja berjuta dapat
— Fitri James (@FitriThiago7) September 24, 2019