Persoalan siapa yang berhak memegang jawatan perdana menteri hanya boleh ditentukan oleh rakyat sahaja. Mereka yang memilih untuk kerajaan baharu dan diperintah oleh siapa.

Sumber:OhBulan

Namun sebaliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ),atau Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya bersuara untuk Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad ditukar.

Isu ini menjadi pertelagahan apabila sebuah video oleh TMJ yang dipetik berkata adalah lebih baik untuk menukar perdana menteri daripada memecat jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Syed Saddiq Bidas TMJ

Sumber:Malaysiakini

Susulan isu yang dibangtkitkan TMJ itu, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman pantas mempersoalkan mengapa TMJ tidak menggesa Najib Razak digantikan sebagai perdana menteri ketika Malaysia dilabel sebagai negara ‘kleptokrasi’.

Sebaliknya, Syed Saddiq berkata Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu untuk memperbetulkan negara yang dilanda kleptokrasi disebabkan angkara Najib dan kroni-kroni Umno Barisan Nasional (BN).

Tak Sampai Setahun Letak Jawatan

Syed Saddiq juga turut membandingkan tindakan TMJ meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sumber:thecoverage.my

Katanya, FAM dibawah TMJ sebelum ini pun sukar untuk dipulihkan sehingga terpaksa meletak jawatan tidak sampai setahun, begitulah juga sukarnya perdana menteri untuk memulihkan negara.

TMJ dipilih sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 dan berikrar untuk memulihkan skuad bola sepak kebangsaan.

Bagaimanapun, pada 16 Mac 2018, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden FAM selepas gagal memperbaiki prestasi Harimau Malaya.

Annuar Musa Pertahan TMJ

Sumber: Semuanya BOLA

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa tampil mempertahankam Istana Johor dan kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ berhubung pertukaran perdana menteri.

Katanya, Syed Saddiq sebagai ketua Pemuda Bersatu supaya tidak keterlaluan dalam “membodek” bosnya,Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu.

Tidak Perlu Bangga

Annuar yang juga adalah ahli parlimen Ketereh turut mengingatkan Syed Saddiq bahawa Bersatu hanya memenangi 13 kerusi parlimen pada pilihan raya umum lalu dan Pakatan Harapan tewas pada tiga pilihan raya kecil yang lalu.

Sumber:bbc.com

Soalnya, adakah kemenangan itu sudah membanggakan Syed Saddiq dan juga penyokong Pakatan harapan (PH)?

Annuar juga menempelak menteri muda itu kerana mengheret FAM ke dalam kancah politik.

Dakwanya, sumbangan TMJ kepada bola sepak Malaysia jauh lebih besar daripada Syed Saddiq.

KAFA Pun Huru Hara

Sumber:Semuanya BOLA

Berhubung kenyataan Annuar ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak menyokong ahli Umno itu dan menganggap Annuar sebagai lalang semata-mata.

Mereka juga mempersoalkan apa jasa Annuar selama ini? Annuar sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini meletakkan jawatan kerana gagal memulihkan kewangan bagi The Red Warriors (TRW).

Annuar Musa Lebih Teruk

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Annuar berhubung wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang didakwa digunakan untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Annuar digantung tugas sebagai pengerusi Mara dan juga pengerusi anak syarikatnya Pelaburan Mara Berhad (PMB) serta-merta hari ini bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Annuar Kaki Bodek Paling Setia

Zaman pemerintahan Najib, Annuar dilihat orang kuat kepada bekas perdana menteri itu. Banyak berlaku salah laku, rasuah dan penyelewengan dalam MARA, sehingga ramai anak-anak Bumiputera tidak dapat dana untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat tinggi.

Semasa isu skandal 1MDB melibatkan Najib, Annuar terus membisu kerana dikatakan ingin menjaga periuk nasinya ketika itu. Siapa sebenarnya kaki bodek? Annuar atau Syed Saddiq?

Biar rakyat yang menilai semua ini, mungkin segelintir daripada mereka masih percaya dengan pemimpin Umno sekarang ini dan cuba menjatuhkan PH.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN