Sedar atau tidak, sebaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan yang baru, sudah banyak perubahan struktur yang telah mereka lakukan baik dari sektor korporat sehinggalah ke sektor-sektor utama syarikat.

Sebagai kerajaan yang baru, mungkin ada yang tidak puas hati dan bosan menunggu perubahan oleh kerajaan walaupun mereka sudah berkuasa selama lapan bulan.

Sumber: Free Malaysia Today

Daripada 100 hari pertama, sudah pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada usaha PH untuk menunaikan 10 manifesto utama yang dijanjikan untuk dilaksana dalam tempoh tersebut.

Malangnya, masih ada beberapa janji yang tidak mampu ditunaikan oleh kerajaan atas faktor tertentu sehingga dikritik pelbagai pihak terutamanya dari pembangkang sehingga menyebabkan mereka berbalah sesama sendiri.

Dan yang terbaru, mengenai projek seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bagaimana mungkin Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng boleh mengeluarkan kenyataan yang berbeza tentang status projek tersebut walaupun mereka menghadiri mesyuarat yang sama sehingga mencetuskan pertikaian dari rakyat.

Sumber: The Star

 

Bukan itu sahaja, sikap pemimpin politik kini, baik pembangkang atau kerajaan yang dilihat rancak berbalas sindiran atau ‘troll’ secara terbuka di media sosial juga boleh mengundang rasa tidak senang dalam kalangan rakyat.

Itu belum lagi dengan ‘perang mulut’ menteri sesama menteri di Kabinet sehingga ada yang berani mengeluarkan kata-kata kesat.

Sumber: CelotehSaje

Mungkin bagi sesetengah pemimpin politik ini, tindakan tersebut mungkin hanya sekadar hiburan tetapi sekiranya setiap hari rakyat disajikan dengan senario sebegini, ia pastinya boleh menimbulkan rasa muak!

 

Tidak Ada Hasil Bergaduh Sesama Sendiri

Sumber: Astro Awani

Mengikut apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang menasihati menteri Kabinet supaya tidak bergaduh sesama sendiri secara terbuka, ada betulnya juga.

Sekiranya satu pergaduhan itu boleh mendatangkan hasil atau perubahan, tidak mengapa la juga.

Namun, sekiranya pergaduhan itu tidak membawa kepada suatu perubahan dan hasil, ia jelas sekali menunjukkan sikap menteri yang dilihat tidak matang sehingga boleh menjejaskan kepercayaan mereka terhadap pemimpin tersebut dan juga parti.

Perlu diingat, apa sahaja perkara yang dilakukan oleh mana-mana menteri ketika ini, pastinya akan diperhatikan oleh rakyat.

Walaupun mereka berada di bawah tampuk pimpinan yang sama, tindakan bergaduh sesama sendiri itu amatlah tidak wajar.

Sumber: Free Malaysia Today

Apa yang rakyat mahukan ketika ini adalah sebuah kerajaan yang bukan sahaja petah untuk berjanji, tetapi kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa.

 

Perlu Lebih Praktikal Dan Bekerja Dalam Satu Pasukan

Walaupun ketika ini, hampir seluruh barisan Kabinet kerajaan diisi dengan pelbagai latar belakang masyarakat yang jelas sekali mencerminkan semangat demokrasi yang baru.

Sumber: Siemens MelayuMaju  

Namun, adalah lebih elok sekiranya setiap barisan menteri baik kerajaan mahupun pembangkang, fokus untuk bekerja sebagai satu pasukan.

Sekiranya apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bukan satu cara yang betul, pihak pembangkang perlu memainkan peranan mereka untuk menjadi pembangkang yang baik dengan memberi teguran yang bernas.

Walaupun kerajaan PH ketika ini masih lagi baru, namun dengan pelantikan terhadap beberapa menteri dari pelbagai latar belakang kaum dan tahap pendidikan, mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan baik dan efektif sekaligus membawa perubahan positif kepada negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah menteri sesama menteri bergaduh walaupun mereka berada di bawah parti pimpinan yang sama?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN