Baru-baru ini, kerajaan menyatakan tidak bercadang untuk mengenakan cukai kemewahan terhadap golongan kaya di negara ini dengan alasan bagi menggelak kejutan terhadap pasaran modal dan kewangan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng , kerajaan kini dalam proses memulihkan kedudukan fiskal defisit yang dihadapi negara dan sebarang pengenalan cukai sedemikian seperti cukai keuntungan modal dikhuatiri akan menjejaskan usaha tersebut.

Katanya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Cukai untuk mengkaji cukai-cukai yang akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019.

Jelasnya, cukai kemewahan tidak diketengahkan setelah ia mendapat maklum balas daripada beberapa pihak termasuk Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan.

 

Sebab Tindakan Kerajaan Tidak Kenakan Cukai Kemewahan

Persoalan mengenai cukai kemewahan itu telah diutarakan oleh Ahli parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee di dalam dewan rakyat.

Mereka mempersoalkan mengapa cukai tersebut tidak digunakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan?

Selain mereka ramai lagi yang tidak puas hati dan mempertikaikan tindakan kerajaan ini kerana dianggap tidak adil. Tetapi Lim Guan Eng mempunyai alasannya.

Kata Guang Eng, kerajaan berbuat demikian kerana kebimbangan pulangan yang diterima oleh kerajaan tidak akan seimbang dengan kesan impak negatif terhadap pasaran modal dan juga kedudukan kewangan.

Sumber: Pelajaran Lengkap

Oleh itu katanya, jika langkah itu dijalankan dalam keadaan fiskal yang agak mencabar ini, ia juga akan merupakan satu kejutan kepada pasaran modal dan kewangan.

Malah, cukai sedemikian juga dikatakan tidak dikenakan oleh negara-negara jiran.

 

Rakyat Malaysia Bangkang Tindakan Kerajaan

Sumber: FB Sinar Harian

Bagaimana pula dengan nasib rakyat marhaen yang selama ini ditindas dengan pelbagai cukai zaman pemerintahan Barisan nasional dan juga kerajaan baharu Pakatan Harapan yang baru dibentuk selepas 9 Mei yang lalu?

Adakah rakyat Malaysia yang bukan golongan kaya raya tidak dipandang oleh pihak kerajaan yang baharu. Apa janji yang telah ditaburkan kepada kami dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu?

Sumber: Malaysiakini

Sumber: FB Sinar Harian

Siapa akan membela nasib mereka ini sebagai rakyat marhaen. Ini bukan apa yang mereka mahukan pada kerajaan hari ini.

 

Yang Kaya Luar Biasa Lari Bayar Cukai

Sumber: The Coverage

Seramai 79,786 pembayar cukai individu, syarikat, pertubuhan, koperasi dan lain-lain kategori yang dikenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memiliki harta dan kekayaan luar biasa gagal membayar cukai sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata mereka ini akan diberi surat tawaran pengakuan sukarela dan notis di bawah Seksyen 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1976) bagi meminta maklumat tambahan dan penjelasan.

Katanya, mereka dikehendaki memberi maklum balas kepada LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis itu diserahkan.

Dalam pada itu, Sabin berkata sehingga 11 November lepas, kutipan pembayaran cukai meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas atas faktor keyakinan kepada kerajaan dalam mengurus kewangan negara.

Mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki individu tertentu tular dalam media sosial, Sabin berkata pihaknya mempunyai pasukan khas yang melakukan pemantauan terhadap perkara itu.

 

Jumlah Rakyat Malaysia Yang Kaya

Menurut Laporan Kekayaan 2018 Knight Frank, jumlah rakyat Malaysia yang amat kaya naik sebanyak 11 peratus kepada 310 orang pada tahun lepas, berbanding 280 orang pada 2016, daripada 31.19 juta penduduk,
Individu amat kaya ini adalah mereka yang memiliki aset bersih sebanyak lebih kurang AS$50 juta (RM193.35 juta).

Sumber: Kosmo

Edisi ke-12 laporan yang telah dikeluarkan oleh perun­ding hartanah global itu turut meramalkan bahawa penduduk yang amat kaya di Malaysia akan melonjak sebanyak 65 peratus kepada 510 orang dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Penerbitan tahunan itu menjejaki pertumbuhan penduduk amat kaya dunia bersama-sama dengan analisis yang mendalam ke atas 52 buah negara.

Individu amat kaya dunia telah bertambah sebanyak 10 peratus (11,630 individu) kepada 129,730 orang pada tahun lepas, dengan Asia mengatasi Eropah sebagai hab utama bagi orang yang sangat kaya.

Di negara ini pula, menurut laporan itu, golongan rakyat Malaysia yang amat kaya ini meng­utamakan aset yang kurang berisiko, dengan 44 peratus daripada mereka membuat pelaburan dalam sektor hartanah pada tahun lepas, di atas purata global seba­nyak 39 peratus pada 2017.

Sejumlah 33 peratus rakyat Malaysia yang kaya suka melabur dalam emas berbanding purata global sebanyak 25 peratus.

Bagaimanapun, 21 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka merancang untuk menambah pelaburan mereka dalam mata wang kripto, ini seiring de­ngan purata global sebanyak 21 peratus.

 

Kedudukan Kewangan Negara Sedang Dipulihkan

Kerajaan Pakatan Harapan kini memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan 2 tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar.

Sumber: FMT

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, mengenai pemulihan kedudukan kewangan negara,ia penting untuk dilakukan walaupun sukar dan berkemungkinan akan menyebabkan kerajaan menjual aset untuk mendapatkan wang membayar hutang.

 

Sumber: Sinar Harian

Menurutnya, kerajaan terdahulu berhutang kira-kira RM1 trilion dan hutang tersebut perlu dibayar kerana jika tidak dibayar, negara mungkin akan bankrap hingga menimbulkan banyak masalah kepada negara.

Dr Mahathir berkata bajet selalunya akan menjadi defisit kerana wang yang tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk pentadbiran dan pembangunan termasuk biasiswa untuk penuntut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan memansuhkan cukai kemewahan kepada golongan kaya raya?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN