Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa rakyat Malaysia supaya bersabar sementara kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) berusaha memulihkan kembali kedudukan fiskal negara.

Lim berkata ia akan mengambil masa tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kembali ke landasan untuk bangkit dalam ekonomi sebagai ‘Harimau Asia’.

Sumber:Everchanging Dude

Bukan kerajaan tidak mahu melaksanakan janji mereka kepada rakyat apabila mandat itu diberikan pada 9 Mei tahun lalu , tetapi kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan fiskal negara dan sedikit demi sedikit landasan kewangan negara akan berada di aras yang betul.

 

Kerajaan PH Perlukan Masa

Lim berkata bukan mudah untuk kembali bangkit selepas negara kehilangan berbilion ringgit.

Sumber:Fimela.com

Namun kerajaan PH akan berusaha dengan “setiap degupan jantung kita untuk menunaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia”.

Peralihan kuasa yang berlaku ini mempunyai beberapa sentimen menarik untuk pelabur asing.

 

Sumber:Bacalah Malaysia

Kelancaran proses menjadi mudah, bebas daripada ancaman kegawatan; dan gejala rasuah yang melanda rejim terdahulu kian pudar. Malahan ini merupakan kebimbangan terbesar buat pelabur asing sejurus selesai sahaja pilihan raya yang melihatkan kejatuhan Umno sebagai pentadbir kerajaan sedia ada.

Rizab antarabangsa yang dimiliki oleh Bank Negara melebihi AS$100 bilion, cukup untuk membiayai 7.5 bulan import sedia ada dan 1.1 kali ganda hutang luar negeri jangka pendek.

Sumber:FMT

Tanggungan import masih baik tetapi tanggungan hutang agak rendah berbanding negara jiran, Thailand (lebih tiga kali ganda), dan Indonesia (lebih dua kali ganda).

Justeru, pentadbiran baharu PH perlu memberi fokus dalam mengurangkan beban hutang dengan lebih cepat.

 

Perlu Pulihkan Keyakinan Pelabur Asing

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dan Ketua Biro Polisi dan Strategik. Datuk Dr Rais Hussin kehilangan keyakinan pelabur dan beban hutang yang tinggi merupakan kesan daripada wabak kleptokrasi yang menyeluruh dibawa oleh pentadbiran terdahulu – yang kini sedang didakwa – walaupun penafian berterusan dan jaminan dibuat oleh kerajaan lama dengan sokongan akhbar tempatan yang bersekongkol dengan mereka. Dalam erti kata lain, kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.

Sumber:FMT

Terdapat berita baik apabila pakar ekonomi bersependapat bahawa Ringgit Malaysia yang kini berada di paras RM4 (dibandingkan dengan dolar AS), rendah daripada paras sepatutnya, akan kembali ke paras RM3.90 dalam masa terdekat. Paras nilai bawah RM3.80 pernah dicapai pertengahan tahun 2015 sebelum skandal 1MDB dilaporkan secara meluas.

Namun, agak menyedihkan kerana untuk mengembalikan nilai ini mengambil masa yang agak lama dan pasaran naik turun merupakan musuh utama pelabur.

Sumber:Utusan Online

Tend aliran keluar berada pada paras tertinggi semula selepas Krisis Kewangan Dunia tahun 2008 tetapi beransur pulih dalam masa 3 tahun berikutnya sehingga berita skandal 1MDB berleluasa. Malaysia perlu menampilkan muka baru untuk memacu komuniti kewangan dalam era ‘Malaysia Baru’.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 14, di mana dunia telah melihat pemberontakan terhadap kerajaan yang korup, Malaysia mendapat pujian dan diangkat sebagai contoh pengamal demokrasi di dalam dunia yang sedang membangun.

Kesemua ahli perbankan dan ahli perniagaan mestilah berada di landasan yang sama dan berganding bahu memastikan kebangkitan semula ekonomi, sektor perbankkan, syarikat-syarikat dan institusi yang seumpama dengannya.

 

Rakyat Tidak Sabar

Rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk kerajaan tunaikan janji-janji yang telah ditaburkan kepada mereka dalam PRU-14.

Masalah peluang pekerjaan, kos sara hidup, harga barangan, turun naik pasaran minyak masih tidak memberangsangkan dan berada pada paras yang sama ketika pentadbiran kerajaan Umno sebelum ini.

Sumber:fb Malaysiakini

Kebelakangan ini pun, kita lihat ramai yang memihak kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mula turun padang dan bergaul mesra dengan rakyat, sedangkan sebelum ini mahu jumpa rakyat pun susah.

Mungkin rakyat yang tidak sabar ini dalam kalangan mereka yang tidak faham bahawa negara hancur kerana pemerintahan Najib dan nampaknya Najib tidak malu.

Sangat sesuailah dengan slogan terbaru Najib kini yang semakin trending dalam kalangan anak muda #maluapabosskurr.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kerajaan PH minta rakyat untuk bersabar selama tiga tahun lagi, tetapi adakah fiskal negara akan bertambah baik?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN