Sikap rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mudah merasa simpati telah membuat sesetengah individu mengambil kesempatan terhadap kesantunan ini. Dalam laporan ini merujuk kepada sesetengah masyarakat Arab yang datang ke Malaysia untuk tujuan pelancongan atau pun belajar dikatakan sering melanggar undang-undang dan tidak menghormati budaya dan orang Malaysia.

Kes Langgar Lari di Cyberjaya
Sumber : Kosmo

Sebelum ini isu langgar lari oleh orang Arab sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Cyberjaya sudah cukup menimbulkan kemarahan orang ramai.

Dan terbaru, tular isu tentang seorang warga Arab yang dikatakan meminta duit orang awam dengan menagih simpati mangsanya dengan mengatakan bahawa mereka sekeluarga telah diragut dan tinggal sehelai sepinggang.

Kenderaan Terbaru Yang Digunakan Suspek
Sumber : Remaja

Suspek turut menggunakan anak isteri bagi membuatkan kisah sedihnya berjaya mempengaruhi mangsa.   Tempat rehat (R&R) dan stesen minyak merupakan lokasi Pak Arab ini menjalankan aktivitnya.

Selalunya mereka dikatakan akan mendekati golongan wanita, warga tua dan mangsa yang berkeluarga kerana lebih mudah untuk mempengaruhi emosi mereka.

 Ramai Dah Jadi Mangsa  

Melalui media sosial, ramai yang turut membuat pengakuan pernah menjadi mangsa suspek tersebut. Lokasi yang berbeza-beza menunjukkan bahawa mereka pandai dalam merancang aktiviti yang tidak bermoral ini.

Menurut mangsa yang pernah didekati suspek, dia akan menunjukkan laporan polis bagi mengukuhkan kenyataan bahawa dia diragut. Warga Arab ini juga dikatakan sering bertukar-tukar kereta dalam menjalankan modus operandinya bagi mengelakkan identitinya dicam orang rami.  

Jangan Mudah Percaya Orang Luar

Cubaan menipu duit ini tidak boleh dibiarkan dan pihak berkuasa patut memberkas secepat suspek yang berani berbuat demikian terutamanya di negara orang.  Masyarakat sekeliling juga harus lebih peka dalam membantu menangani isu ini agar tidak berlarutan dan menjadi lebih serius.

Gambar Hiasan
Sumber : Syahril A.Kadir

Keberanian pelancong luar menjalankan aktiviti seperti ini boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan orang awam. Tindakan perlu diambil segera dan hukuman yang setimpal perlu diberikan agar orang luar tidak sewenang-wenangnya berbuat onar di negara kita.

 

 

Orang Malaysia Mudah Ditipu

 

Agaknya, si penipu warga asing ini sudah memahami kelemahan rakyat Malaysia. Sebelum mereka datang ke Malaysia, mereka sudah membuat kajian di antara negara-negara di Asia Tenggara ini, negara kita yang paling mudah untuk “berurusan”. Rakyatnya mudah ditipu, manakala undang-undang pula amat lemah dek kerana penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Cuba kita lihat si penipu pendatang asing ini tidak berani menipu di negara-negara jiran kita. Kalau tidak sudah lama kita dengar pelbagai kisah penipuan melibatkan pendatang asing yang tinggal di negara jiran. Mereka ini tidak gemar duduk di negara-negara jiran kita, tetapi amat gembira tinggal di Malaysia.

Faktornya adalah Malaysia syurga “pelaburan” mereka. Yang kaya sudah semestinya mereka, manakala yang “kayap” rakyat Malaysia itu sendiri. Sampai bilakah ia akan berakhir?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diberikan kepada orang Arab tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN