Sembang kencang, mustahil, bazir duit sahaja”. Itu rata-rata komen yang dituju netizen terhadap idea inovasi kereta terbang seperti yang dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, pada 26 Februari lalu.

Sumber: ProjekMM

Katanya, prototaip kereta terbang itu juga dikatakan bakal siap seawal Jun ini dengan kos penghasilan prototaip tidak melebihi RM1 juta yang dibiayai oleh pihak swasta.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, nampaknya isu ini menjadi perbualan hangat netizen di media sosial dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantahnya.

Namun, melihat kepada komen-komen yang ditulis mereka, kebanyakan daripadanya berasa ragu terhadap inovasi tersebut dengan menyifatkannya sebagai suatu yang amat sukar untuk dilaksana.

 

Tidak Wajar Dijadikan Bahan Lawak

Sumber: Coretan Anuar

Masih ingatkah anda akan Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu?

Ketika wawasan itu dilaung-laungkan, setiap daripada kita pasti tertunggu-tunggu akan teknologi kereta terbang seperti yang digambarkan.

Namun, walaupun negara sedang menuju 2020 dan apabila prototaip kereta terbang sudah ada, lain pula jadinya memandangkan ramai yang menjadikan isu ini sebagai bahan ‘troll’.

Sumber: mStar

Sebahagian besar dari mereka berpendapat, amat mustahil kereta terbang digunakan di dalam negara memandangkan negara kita terikat dengan akta serta peraturan ketat mengenai pengangkutan udara.

Mereka mengatakan inovasi kereta terbang itu hanya sekadar ‘angan-angan’ sahaja memandangkan keupayaan teknologi tempatan tidak mampu sampai ke tahap itu.

 

 Jangan Pandang Enteng Keupayaan Tempatan

Bagaimana mahu menjadi negara maju, sekiranya pemikiran rakyat masih terbelakang mengenai teknologi kereta seperti ini.

Sumber: Paultan

Masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa Malaysia sememangnya mempunyai tenaga pakar dalam bidang teknologi kereta terbang yang rata-ratanya dibangunkan oleh usahawan muda.

Berbeza sekali dengan senario yang berlaku di negara luar yang mana rakyat mereka dilihat lebih terbuka dengan pelbagai idea teknologi dari pelbagai aspek.

Tidak hairanlah negara mereka kini berkembang maju berbanding negara kita dek kerana apa sahaja idea yang dibawa oleh usahawan, pastinya disambut baik oleh mereka walaupun perkara itu pada mulanya dilihat mustahil untuk dilaksana.

 

Hanya Digunakan Dalam Industri Pertanian & Jaga Sempadan

Menjawab kepada kritikan orang ramai mengenai isu ini, penggunaan kereta terbang itu sebenarnya bukanlah untuk dijual kepada orang ramai tetapi untuk digunakan dalam industri pertanian serta menjaga sempadan negara.

Sumber: Berita Harian

Memandangkan teknologi seperti ini masih baru di dalam negara, mungkin sebagai permulaan ia hanya digunakan di dalam industri pertanian serta menjaga keselamatan di sempadan negara sebelum diperluaskan.

Pun begitu, walaupun idea ini menerima pelbagai kritikan  namun ianya pasti dapat menarik lebih banyak pelabur luar serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang melibatkan bidang kejuruteraan di negara ini.

Apa yang penting, projek seperti ini harus dilaksanakan dengan jayanya supaya ia dapat menghakis persepsi negatif orang ramai terhadap kepakaran yang ada pada usahawan tempatan negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah perlu kereta terbang direalisasikan pada ketika ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN