Zaman teknologi serba canggih sekarang ini, hampir majoriti dari kita akan menggunakan internet untuk melakukan semua benda.

Baik dari mencari maklumat, mendapatkan berita, membeli barang keperluan, dan macam-macam lagi.

Tetapi untuk pengetahuan anda, walaupun kita bersandarkan kepada internet dalam kehidupan sekarang ini, namun rakyat Malaysia lebih mempercayai maklumat yang terdapat di dalam media tradisional seperti surat khabar, majalah dan televisyen berbanding lima tahun lepas.

Menurut laporan firma kajian pasaran antarabangsa, Ipsos, kira-kira 79 peratus responden terdiri daripada rakyat Malaysia merasakan akhbar dan majalah melaporkan berita dengan baik.

Bagi segmen radio dan televisyen pula, seramai 77 peratus responden dari Malaysia mempercayai berita dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, di peringkat global hanya 50 peratus responden mempercayai akhbar dan 52 peratus responden mempercayai televisyen.

 

Rakyat Percaya Akhbar Selepas PRU-14

Kajian tersebut melibatkan 27 buah negara dengan penglibatan 19,541 orang dewasa di bawah umur 74 tahun dan seramai 500 rakyat Malaysia terlibat dalam kajian berkenaan.

Malaysia berada dalam ranking antara yang tertinggi dalam kajian ini bersama India, Arab Saudi dan Afrika Selatan.

Manakala negara seperti Hungary, Serbia dan Poland berada dalam ranking terendah antara semua negara.

Untuk pengetahuan , peningkatan tahap kepercayaan kepada media jelas kelihatan selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) di mana negara ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Menurut Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon, rakyat Malaysia juga cenderung untuk mempercayai berita dari sumber yang mereka sudah terbiasa, membuatkan media tradisional sedikit mengatasi media digital dari aspek rakyat mempercayai berita dikeluarkan

 

Kenapa Rakyat Malaysia Pilih Media Tradisional?

Ekoran dari dapatan kajian yang dilakukan, jika dilihat dengan  realiti penggunaan media sosial, terutama berkaitan dengan isu politik, kebanyakkannya dipenuhi pelbagai provokasi dan manipulasi negatif sehingga susah percaya sesuatu berita atau bahan berupa infografik atau maklumat yang datang kepada kita.

Sebagai pengguna kita perlu menjadi “celik media” bagi memastikan sesuatu fakta atau maklumat yang di terima perlu difikir, ditapis dan dikenal pasti kesahihannya. Tidak semua maklumat dalam media benar-benar belaka.

Malah kita juga perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan dan agenda tersirat segelintir kelompok yang menjadikan media sosial sebagai gelanggang menabur fitnah, menanam kebencian dan sengaja menjatuhkan individu, organisasi dan kelompok tertentu.

Bukan itu sahaja, media digital juga mengalakkan kita kepada jenayah buli siber. Pembuli siber akan menggunakan apa sahaja medium ini untuk melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan seperti meninggalkan komen-komen jelik dan berbaur negatif pada posting yang dibuat oleh individu tertentu.

Lebih malang lagi, ada dari kalangan kita mempercayai hasutan yang telah dilakukan itu .

 

Tapis Berita Akhbar

Diakui, media tradisional masih re­levan terutamanya dalam me­nyampaikan bahan berita yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti.

Satu ketika dahulu, media dianggap berkuasa memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Media juga menentukan agenda yang menjadi topik perbincangan orang ramai.

Orang ramai hanya boleh memberi komen atau cadangan dengan menulis surat kepada ‘editor’ dan jika bernasib baik, surat itu akan disiarkan dua atau tiga minggu kemudian.

Sekadar Gambar Hiasan

Malah, media tradisional kita tidak boleh sesuka hati menukar fakta yang diberikan dan setiap yang disiarkan telah diluluskan dan disemak oleh ‘editor’. Keberangkalian berita itu tidak sahih adalah sangat tipis.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda lebih percaya kepada akhbar atau internet?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN