Bila bercakap mengenai etok, masakan ini cukup sinonim buat masyarakat di Pantai Timur lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan cara tradisional yang bersalut rempah.

Tetapi kini, ada yang semakin berani mencipta inovasi baru dengan meletakkan keju pada makanan tersebut.

Nampak gayanya, fenomena keju di Malaysia masih tidak berganjak malah semakin menjadi-jadi pula.

Jika boleh, semua makanan hendak diletakkan cheese. Ye tak?

Sebut je hendak apa, siput sedut, telur goreng, kentang, etok, kalau boleh semuanya hendak diletakkan keju. 

Pelik sungguh selera orang Malaysia ni. Ada sahaja idea pelik untuk menggabungkan hidangan Malaysia bersama keju!

 

Berlumba Cari Kelainan

Memang tidak dapat dinafikan, rata-rata masakan pelik yang ada di Malaysia ini pasti akan datang dari cetusan idea tukang masak yang mahu berlumba-lumba mencipta kelainan.

Sumber: www.vitdaily.com

Rakyat Malaysia kan suka cuba benda-benda baru. Jadi, bila ada cetusan idea baru seperti ini maka peniaga juga pasti tidak mahu melepaskan peluang mereka untuk mengaut keuntungan biarpun dikecam.

Biarpun kedengaran agak pelik dan ramai yang mengecam, namun masih ramai yang mencuba hidangan itu dengan mengatakan gabungan tersebut sememangnya menjadi dan sedap apabila ditambah dengan keju.

Sumber: mix.my

Cetusan idea seperti ini mungkin boleh diterima pakai bagi golongan muda yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

Tetapi sekiranya kita membawa orang-orang lama, mereka mungkin tidak dapat menerima inovasi baru seperti ini.

 

 

 

Berpada-Pada Letak Cheese Dalam Makanan

Sumber: Hello Sehat

Dalam hal ini, tidak ada salahnya sekiranya seseorang itu mahu mencuba menu baru namun ianya perlu lah berpada-pada.

Jangan sampai suatu hari nanti, ada pula yang berani makan tempoyak atau budu campur keju.

Memang ada yang akan sakit perut pula nanti..

Walaupun makanan sebegini nampak seperti mengikut ‘trend’ namun sejauh manakah ia memberi impak terhadap kesihatan kita?

Sama macam produk tenusu lain, pengambilan keju amat penting untuk memberikan kalsium dan protein, vitamin A, B12, riboflavin, zinc dan fosforus terhadap tubuh badan.

 

Keju Tidak Baik Untuk Jantung

Sumber: Kompas Lifestyle

Tetapi sekiranya anda mengambil keju secara keterlaluan, ianya boleh memberi kesan buruk risiko kanser dan tidak baik untuk jantung.

Jadi, sebelum hendak makan sesuatu makanan yang berunsurkan keju, pilihlah keju yang rendah lemak atau tanpa lemak demi kesihatan diri sendiri.

Hati-hati dengan kandungan sodium dalam cheese yang mana ada sesetengah cheese mengandungi 100 hingga 300mg sodium dalam 1 auns manakala ada pula yang lebih daripada 500mg dalam 1 auns.

Sebagai kesimpulan, berpada-padalah dalam pengambilan cheese dan jangan terlalu mengikut nafsu makan semata-mata nanti diri sendiri pula yang merana.

Pada pandangan anda, adakah menu masakan Malaysia dengan meletakkan cheese ini sudah melampaui batas?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN